AMK harap dicalon wakili PKR untuk PRN Sabah

KOTA BHARU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) berharap wakil dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dicalonkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan datang.

Exco AMK, Arham Rahimin Nasution berkata, perkara itu bagaimanapun sudah tentu akan dibincangkan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dilakukan.

Katanya, selain itu juga ia perlu mengambil serta menghormati pandangan pimpinan tertinggi.

“Secara tradisinya kita berharap akan ada calon dari AMK sebagai wakil untuk dipertandingkan dan selalunya juga calon itu dari AMK Negeri.

“Namun, mengenai perkara ini kita akan bawa dan berbincang dengan pihak atasan terlebih dahulu.

“Mengenai nama calon yang akan disenarai untuk diangkat itu juga terletak kepada AMK Negeri sebelum diangkat ke pusat,” katanya ketika ditemui di sini.

Dalam pada itu katanya, sebagai persediaan dan persiapan AMK juga akan ke Sabah untuk melihat dan membuat perisapan bagi menghadapi PRN Sabah akan datang.

Terdahulu, media melaporkan PRN Sabah hanya akan diadakan selepas tamat penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) sedia ada iaitu September tahun depan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memberi bayangan itu apabila menyatakan tempoh DUN semasa masih panjang dan banyak urusan pentadbiran perlu diselesaikan.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, menegaskan pihaknya menghormati pandangan sesetengah pihak yang cenderung dengan pendirian bahawa parti politik tempatan layak untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Bagaimanapun beliau yang juga Menteri Ekonomi berkata, masih ada dalam kalangan rakyat Sabah yang sedar bahawa usaha membawa kesejahteraan ke negeri ini menjadi tanggungjawab bersama antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Related Posts

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman menegaskan bahawa 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua merupakan komitmen yang realistik dan menyeluruh bagi memastikan kemajuan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti