Peralihan pemimpin muda DAP proses bawa parti ke hadapan – Anthony Loke 

TAWAU – Peralihan pemimpin muda dalam Parti Demokratik Malaysia (DAP) dilihat sebagai proses untuk membawa parti lebih ke hadapan dan meremajakan kepimpinan parti. 

Demikian disifatkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook ketika diminta mengulas berkenaan pemimpin muda yang kian mendapat tempat menerajui parti terbabit. 

“Pemimpin muda ini terpulang pada perwakilan dan memang ada beberapa Negeri telah dilihat peralihan pada pemimpin muda seperti terbaharu, Yang Berhormat (YB) Teo Nie Ching seorang wanita yang dipilih menjadi Pengerusi DAP Johor yang baharu. 

“Kita lihat sebelum ini di Pahang dan Pulau Pinang ada peralihan dan kalau ini hasrat dan pilihan ahli-ahli di Sabah, saya menghormati,” katanya kepada media selepas lawatan kerja bagi menaik taraf Lapangan Terbang Tawau, di sini, pada Isnin. 

Dalam pada itu, Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban yakin wakil dan ahli DAP Sabah akan memilih jawatankuasa yang dinamik dan kuat selain boleh membawa parti lebih cemerlang dengan memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri dan Persekutuan pada pemilihan parti hujung Oktober ini. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerjasama DAP dengan Kerajaan Negeri Sabah adalah baik dan salah satu Menteri yang menjawat jawatan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Phoong Jin Zhe bekerja dengan baik. 

“Saya selalu pesan pemimpin kita tak payah sibuk politik sepanjang masa yang penting buat kerja untuk rakyat, majukan negeri dan tambah baik insfrastruktur. 

“Itu fokus kita. Jadi jangan berpolitik selalu, berpolitik untuk bantu rakyat sahaja,” tegasnya.

Related Posts

UMNO ulangi kesilapan lalu, Zahid mungkin tanggung padah

UMNO didakwa mengulangi kesilapan strategi politik lalu apabila terlalu awal menggunakan kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai momentum untuk mendesak Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Bagaimanapun, Presiden parti itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

KETUA Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz sekali lagi mengkritik Pas secara terbuka susulan kemelut hubungan antara kedua-dua parti yang semakin berpanjangan dalam Perikatan Nasional (PN). Menerusi satu hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM