Warga Felda letak harapan tinggi terhadap Belanjawan 2025

KUANTAN – Pahang meletakkan harapan tinggi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mempertimbangkan peruntukan lebih besar dalam pembangunan wilayah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dalam Belanjawan 2025.

Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata, tiga aspek utama diharap dapat diberikan perhatian khusus oleh kerajaan.

“Perkara pertama, isu perumahan generasi baharu Felda perlu dijadikan fokus bagi memastikan generasi kedua dan seterusnya mempunyai akses kepada tempat tinggal yang selesa dan stabil di kawasan tanah rancangan.

“Jadi, kerajaan perlu (membantu dengan) memberikan mandat kepada mana-mana (pihak) untuk melaksanakan projek perumahan untuk anak-anak peneroka,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai itu memberitahu, perkara kedua membabitkan pembangunan ekonomi perlu diberi perhatian untuk meningkatkan pendapatan para peneroka termasuk generasi baharu.

Jelasnya, inisiatif ekonomi diharapkan mampu memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan di kawasan Felda dengan membuka peluang pekerjaan dan menjamin kesejahteraan penduduk.

“Pembangunan ekonomi untuk peneroka dan anak-anak peneroka amat penting dalam memastikan kelangsungan ekonomi Felda agar lebih kukuh,” katanya.

Amizar berkata, elemen ketiga yang menjadi harapan adalah pemodenan kawasan Felda atau ‘membandarkan’ Felda, dengan langkah-langkah termasuk penambahbaikan Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960.

Jelasnya, langkah itu penting bagi memastikan kesinambungan Felda serta meningkatkan daya tarikan kawasan itu.

Belanjawan 2025 akan dibentangkan Anwar, yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat pada 18 Oktober ini.

Related Posts

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

KOTA KINABALU – Mesyuarat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada Isnin ini dijangka menyentuh isu pembayaran 40 peratus kepada Sabah, kata Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun. Menurut Masidi, Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

ROMPIN – Dua remaja maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan motosikal di Kilometer 150 Jalan Kuantan-Johor Bahru berhampiran Pantai 7, Tanjung Gemok di sini awal pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

Anthony yakin peratusan keluar mengundi capai 75 peratus

Anthony yakin peratusan keluar mengundi capai 75 peratus

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

Anjing viral mati, polis buka kertas siasatan khianat dengan membunuh haiwan

  • By Aden
  • August 1, 2026
Anjing viral mati, polis buka kertas siasatan khianat dengan membunuh haiwan