Lagi kes termakan makanan beracun, remaja nyaris maut

KEMAMAN – Seorang remaja berusia 13 tahun nyaris maut selepas makan biskut yang dipercayai dicampur racun dalam kejadian di Kampung Dadong, Kemaman Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 4 petang tadi.

Beliau berkata, dalam kejadian jam 1.45 tengah hari itu, remaja berkenaan telah dikejarkan ke sebuah klinik kesihatan di sini sebelum dirujuk ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman (HK) selepas pengsan.

“Sebelum kejadian, mangsa bersama seorang rakannya dikatakan ke sebuah kebun pisang dan kelapa terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya untuk memancing.

“Mangsa dikatakan telah menemui dan memakan sekeping biskut yang telah dicampur racun oleh pemilik kebun bagi tujuan membunuh kera. Biskut itu diikat pada sebatang kayu di kebun itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sementara itu, bapa mangsa, Alias Saras, 57, ketika dihubungi berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa anaknya itu selepas dimaklumkan isteri, Roslina Ahmad, 52.

Menurut Alias, selepas memakan biskut yang diambil dari kebun itu, anaknya secara tiba-tiba pengsan dan mulutnya berbuih.

“Melihat kejadian itu, bapa kepada rakan anak saya membawa Mohd Daynail ke klinik kesihatan berdekatan untuk menerima rawatan.

“Saya bersyukur kerana anak saya sudah mulai pulih selepas menerima rawatan di hospital,” katanya.

Sebelum ini, dua beradik berusia tiga dan dua tahun meninggal dunia selepas dipercayai makan keropok beracun di kawasan kebun berhampiran rumah mereka di Kampung Padang Ubi, Labu Besar di Kulim.

Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan dan adiknya Muhammad Luth Syauqi, termakan keropok itu pada Ahad sebelum dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Muhammad Akil Syauqi menghembuskan nafas terakhir pada pagi Rabu, disusuli Muhammad Luth Syauqi tengah hari semalam.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak