Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

LABUAN – Pergerakan Pemuda UPKO dan Pergerakan Generasi Muda UPKO Labuan membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said yang didakwa menyentuh isu kaum, agama dan institusi diraja (3R).

Kedua-dua sayap parti itu dalam kenyataan bersama berkata, laporan berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan pada Isnin bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat perkara terbabit.

“Laporan polis ini bukan untuk mencetuskan permusuhan, sebaliknya merupakan tindakan melalui saluran undang-undang yang betul.

“Kami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya didapati berlaku sebarang kesalahan,” menurut laman Facebook UPKO Labuan pada Selasa.

Kedua-dua pergerakan itu berkata, tanggungjawab memelihara sensitiviti berkaitan 3R perlu dipikul oleh seluruh rakyat Malaysia dan bukan terletak pada mana-mana kaum atau penganut agama tertentu sahaja.

“Isu 3R bukan hak atau tanggungjawab mana-mana kelompok atau agama tertentu, tetapi merupakan tanggungjawab bersama seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang.

“Sebarang kenyataan yang berpotensi menyentuh sensitiviti kaum dan agama mesti ditangani dengan penuh tanggungjawab, kewarasan dan rasa hormat demi memelihara keharmonian serta perpaduan negara.

“Berbeza bangsa, agama dan pandangan politik, kita tetap satu rakyat Malaysia. Jangan jadikan isu 3R sebagai api yang membakar perpaduan negara,” katanya.

Dalam perkembangan sama di Kota Kinabalu, Pengarah Komunikasi Strategik Parti Warisan (Warisan), Christopher Masudal  turut membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Penampang pada Isnin berhubung kenyataan Noorazli yang dikatakan menyentuh agama Kristian ketika berucap pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026.

Terdahulu, Noorazli menjelaskan bahawa kenyataannya tidak bertujuan menghina atau memperlekeh mana-mana agama, sebaliknya disampaikan sebagai analogi mengenai kepentingan fokus, ketekunan dan kebijaksanaan dalam mencapai matlamat.

Beliau turut memohon maaf sekiranya penyampaiannya menimbulkan salah faham atau menyinggung perasaan mana-mana pihak, khususnya masyarakat Kristian.

Related Posts

Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

KOTA KINABALU – Penglibatan seramai 300 pelajar daripada pelbagai institusi pengajian tinggi dalam persembahan khas dijangka memberi dimensi baharu kepada Sambutan Hari Malaysia peringkat Negeri Sabah, pada 16 September ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang

KUCHING – Syarikat penyedia perkhidmatan e-panggilan, Maxim Malaysia mengambil inisiatif proaktif mengedarkan pelitup muka secara percuma kepada penumpangnya di sekitar bandar raya ini susulan keadaan jerebu yang semakin meruncing. Keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

Leeds belasah Newcastle 4-1

Leeds belasah Newcastle 4-1

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang