Pemandu lori maut dihempap runtuhan batu di kuari

IPOH – Seorang lelaki berusia 53 tahun maut selepas lori dipandunya dihempap batu bersaiz besar yang dipercayai menggelongsor dari lereng bukit dalam kejadian runtuhan batu di sebuah kawasan kuari di Kampung Kepayang, Simpang Pulai, di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, mangsa, Sivakumar Marathamuthu, ketika kejadian sedang memandu lori bagi mengangkut batu di kawasan kuari berkenaan.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika lori terbabit melalui kawasan berhampiran lereng bukit sebelum seketul batu bersaiz besar dipercayai menggelongsor dari lereng berkenaan lalu menghempap bahagian hadapan lori.

“Akibat kejadian itu, mangsa tersepit di bahagian pemandu,” katanya dalam kenyataan media pada Selasa.

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kemudian menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam lori berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan.

Siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu, manakala mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, untuk bedah siasat.

Muhammad Najib berkata siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian, selain pihak polis turut bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi tindakan susulan.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian sehingga siasatan selesai.

Related Posts

‘Awang Kolam’ berkeliaran, Perhilitan usaha pujuk kembali ke habitat

HULU TERENGGANU — Seekor gajah liar yang diberi jolokan ‘Awang Kolam’ oleh penduduk dilaporkan berkeliaran di sekitar Kampung Kolam, Hulu Terengganu sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan komuniti setempat. Kehadiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Berang lamaran ditolak, lelaki mengamuk hunus parang dan pukul kekasih

SARATOK – Tindakan seorang wanita menolak lamaran teman lelakinya mengundang padah apabila dia diserang menggunakan parang dan dipukul dengan kayu palet dalam satu insiden di sebuah kebun kelapa sawit di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Awang Kolam’ berkeliaran, Perhilitan usaha pujuk kembali ke habitat

‘Awang Kolam’ berkeliaran, Perhilitan usaha pujuk kembali ke habitat

Berang lamaran ditolak, lelaki mengamuk hunus parang dan pukul kekasih

Berang lamaran ditolak, lelaki mengamuk hunus parang dan pukul kekasih

AMK Penampang desak Noorazli tarik balik kenyataan, mohon maaf kepada umat Kristian

  • By Ithma
  • September 15, 2026
AMK Penampang desak Noorazli tarik balik kenyataan, mohon maaf kepada umat Kristian

Pemandu lori maut dihempap runtuhan batu di kuari

Pemandu lori maut dihempap runtuhan batu di kuari

Sensitiviti agama bukan jenaka politik, Ketua UMNO Sepang diminta mohon maaf

Sensitiviti agama bukan jenaka politik, Ketua UMNO Sepang diminta mohon maaf

Hospital Lawas bernilai RM183 juta siap, perkasa perkhidmatan kesihatan buat rakyat

Hospital Lawas bernilai RM183 juta siap, perkasa perkhidmatan kesihatan buat rakyat