Anwar, Putin bincang penerbangan terus, bebas visa Malaysia-Rusia

NEW DELHI – Hubungan Malaysia-Rusia diperkukuh dengan beberapa kerjasama bagi merancakkan sektor pelancongan, perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Rusia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian setelah pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin ketika menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS Ke-18.

Antara yang dibangkitkan ialah keperluan mempercepat usaha merealisasikan penerbangan terus antara Malaysia dan Rusia serta kemudahan perjalanan tanpa visa yang telah dipersetujui sebelum ini.

“Saya turut menyatakan penghargaan atas dukungan Rusia terhadap kerjasama tenaga bersama Malaysia.

“Kedua-dua negara mempunyai kekuatan dan kepakaran yang boleh digembleng untuk memperluas kerjasama dalam sektor strategik ini demi kepentingan bersama,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata, perbincangan turut menyentuh usaha meningkatkan kemasukan minyak sawit Malaysia ke pasaran Rusia, selain meneroka langkah bagi menggandakan nilai perdagangan antara kedua-dua negara.

Beliau menegaskan setiap persetujuan yang dicapai perlu segera diterjemahkan kepada pelaksanaan bagi memastikan hasil kerjasama memberi manfaat nyata kepada kedua-dua negara.

“Cadangan ini telah dipersetujui oleh Presiden Putin,” katanya.

Pada akhir pertemuan, Anwar turut menyampaikan semula undangan Yang di-Pertuan Agong kepada Putin untuk mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia.

Beliau berharap lawatan berkenaan kelak dapat membuka lembaran baharu dalam hubungan Malaysia-Rusia yang disifatkannya semakin erat, matang dan saling menguntungkan.

Related Posts

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

KENYATAAN Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin letika membahaskan isu politik Kedah pada Perhimpunan Agong UMNO semalam ternyata mengundang perhatian ramai, khususnya dalam kalangan ahli politik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

PENDEKATAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak mengambil alih pentadbiran negara memperlihatkan kecenderungan untuk tidak terlalu melayan tekanan serta kritikan politik, sebaliknya memberikan tumpuan kepada tugas pentadbiran dan usaha memperkukuh kedudukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

  • By Fandi
  • September 13, 2026
Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

‘Guru minta izin nyanyi kejap’, lagu Hindi klasik dendangan Anwar curi perhatian

‘Guru minta izin nyanyi kejap’, lagu Hindi klasik dendangan Anwar curi perhatian