Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memberi isyarat jelas bahawa sayap itu sudah bersedia untuk ‘berperang’ menentang Pakatan Harapan (PH) di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Malah, Akmal mengakui tidak sabar untuk berdepan parti komponen Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan, di samping mencabar barisan Pemuda UMNO supaya bersedia menghadapi saingan tersebut.

“Saya memang tak sabar nak lawan dengan Pakatan Harapan 28 kerusi dekat Melaka. Saya nak tanya kawan-kawan, boleh atau tidak kita lawan? Boleh menang ke tak boleh menang? Boleh atau tidak?” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan Ketua Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, pada Khamis.

Dalam pada itu, Akmal berkata, Pemuda UMNO tidak seharusnya gentar dengan mana-mana pihak dan perlu turun mempertahankan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya berkenaan.

Beliau turut mengingatkan ahli Pemuda UMNO supaya tidak hanya berani ketika berada di atas pentas, sebaliknya membuktikan kesediaan mereka apabila tiba masa berdepan lawan di lapangan.

Akmal menegaskan Pemuda UMNO akan berdepan lawan politik secara terbuka dan tidak berselindung dalam menentukan pendirian parti.

“Pemuda UMNO pertama, kita tak hipokrit. Nak lawan, kita lawan,” katanya.

Terdahulu, beliau memaklumkan, dirinya tidak mahu bertanding pada PRN Melaka akan datang, sekiranya UMNO bekerjasama dengan PH

Beliau berkata pendirian itu telah dinyatakan berulang kali, sambil menegaskan keyakinannya bahawa Melaka mampu dikekalkan di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Akmal menambah, Melaka bukan sekadar medan menghadapi pilihan raya, sebaliknya menjadi ujian untuk melihat kemampuan parti Melayu itu menukar kesedaran kepada tindakan, penyatuan kepada dasar serta dasar kepada kekuatan.

Pemuda UMNO bersedia bekerja bagi memastikan kerajaan BN di Melaka bukan sahaja dikekalkan, malah diperkukuh serta dipertingkatkan

Beliau menjelaskan keyakinan itu turut bersandarkan kepada prestasi UMNO dalam kalangan pengundi muda pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula