PEMIMPIN yang dilantik mengambil alih jawatan Ketua Hizbullah dipercayai terbunuh dalam serangan udara Israel di Lubnan semalam.
Laporan berita yang memetik media Lubnan berkata, Hashem Safieddine maut dalam siri letupan yang menggegarkan pinggir bandar Beirut.
Kekuatan letupan itu dikatakan jauh lebih besar daripada serangan yang membunuh pendahulu Safieddine, Hassan Nasrallah pada 27 Oktober lalu.
Laporan itu menyebut Israel menyerang sebanyak sepuluh kali pada hari Khamis, menyasarkan kubu bawah tanah tempat Safieddine menghadiri mesyuarat.
Israel mahupun Hizbullah tidak mengesahkan kematiannya setakat ini.
Israel bagaimanapun mengesahkan kematian Ketua Komunikasi Hizbullah Mohammad Rashid Skaafi pada Khamis.
Tidak jelas sama ada Skaafi berada di bunker yang sama atau menghadiri mesyuarat yang sama dengan Safieddine.
Safieddine berada dalam senarai pengganas Jabatan Negara Amerika Syarikat sejak 2017.
Beliau adalah ahli Majlis Jihad yang mengarahkan operasi ketenteraan Hizbullah dan juga mengetuai majlis eksekutif kumpulan itu yang menyelia hal ehwal politik.









