Motac mahu bangunkan lebih ramai komuniti kraf

KANGAR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) melalui Kraftangan Malaysia komited membangunkan lebih ramai komuniti kraf di kawasan luar bandar untuk memenuhi keperluan industri dan membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Motac, Datuk Shaharuddin Abu Sohot berkata, usaha ini penting untuk memberi peluang kepada komuniti baharu menjadikan kraf sebagai sumber pendapatan utama atau sampingan.

“Langkah ini turut menyokong matlamat kerajaan untuk menamatkan kemiskinan tegar di negara ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Festival Kraf Utara 2 di sini, hari ini.

Beliau turut mencadangkan agar negeri Perlis melaksanakan Program ‘Kampung Angkat Kraf’ di Kangar, Arau, dan Padang Besar bagi digabung dengan produk lain Motac seperti inap desa bagi memperkukuhkan sektor pelancongan tempatan.

Menurutnya, program ini bukan sahaja menawarkan pengalaman budaya kepada pelancong tetapi juga berpotensi melahirkan lebih ramai usahawan kraf dari kawasan desa.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Datuk ‘Ainu Sham Ramli berkata, seramai 61 usahawan kraf mengambil bahagian dalam Festival Kraf Utara (FKU) 2024, menampilkan produk-produk kraf dari Perlis, Kedah, Perak, dan Pulau Pinang.

Antara kraf yang dipamerkan ialah tekstil, hasil rimba, hasil logam, dan pelbagai kraf yang menggunakan motif identiti negeri masing-masing.

Festival ini juga menyajikan pelbagai aktiviti menarik seperti demonstrasi pembuatan seramik bakar hitam dan pisau wali jantan.

Related Posts

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

KUCHING – Sesi persekolahan secara bersemuka bagi lapan daerah di negeri ini diarahkan tutup berkuat kuasa serta-merta bermula 20 Ogos hingga 21 Ogos ini susulan fenomena jerebu yang menjejaskan kualiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

KUANTAN – Empat beranak berdepan detik cemas apabila kediaman mereka di Kampung Pandan 1, dekat sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 4 petang tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini