Isu CEO MDEC: Selepas tabur persepsi, Isham Jalil ‘pasrah dibantai cybertrooper’

PUTRAJAYA – Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil memberi lampu hijau untuk ‘dibantai’ oleh ‘cybertrooper’ selepas mencanang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang baharu adalah adik kepada Menteri Komunikasi.

Menerusi hantaran di Facebook, Isham tampil memberi penjelasan bertajuk “Ralat Adik Fahmi’, mendakwa dia hanya bertanyakan sama ada Anuar Fariz Fadzil adalah adik Fahmi Fadzil.

Katanya, selepas beberapa minit hantaran itu dinaikkan, dia dimaklumkan Anuar bukan adik kepada Fahmi tetapi adalah anak kepada kenalannya.

Isham menjelaskan, selepas mendapat kepastian dia telah mengemas kini semula hantarannya.

“Selepas dapat makluman ini, saya pun ‘update’ dan ‘edit’ di ‘posting’ saya untuk makluman semua.

“‘Cybertrooper’ Madani boleh kenduri bantai saya di sini itu tidak mengapa bagi saya,” katanya di Facebook pada Sabtu.

Namun Isham masih berdalih dengan mendakwa dia bertanya soalan berkaitan pemimpin kerajaan pun sudah dituduh memfitnah, berbeza dengan layanan terhadap pemimpin pembangkang.

Terdahulu, Isham dihujani kecaman orang ramai selepas “bertanyakan” sama ada CEO MDEC, Anuar Fariz Fadzil adalah adik Fahmi.

Bagaimanapun, dalam hantaran sama di perenggan terakhir dia kemudiannya memberitahu bahawa Anuar Fariz bukan adik Fahmi.

“… nama bapa saja sama. Mungkin berkawan saja,” kata Isham.

Rata-rata menempelak sikap Isham yang dilihat sengaja menimbulkan persepsi negatif menggunakan isu yang remeh-temeh.

Untuk rekod, dia dipecat MKT UMNO pada Disember 2023.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat