Pahang fatwa GISBH sesat

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memperkenankan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Syarak negeri itu bahawa pengikut GISB Holdings (GISBH) sama ada pekerja atau mana-mana orang Islam adalah menyeleweng dan sesat.

Keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa mengadakan mesyuarat khas pada Rabu lalu.

Mufti Pahang, Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim berkata, golongan yang disebut sebagai menyeleweng dan sesat itu jika mereka meneruskan kepercayaan serta amalan dalam Aurad Muhammadiah dibawa oleh al-Arqam, yang diwartakan sesat dan menyeleweng pada 1994.

Beliau berkata, fatwa itu mencakupi golongan yang disebut mempercayai bahawa Ashaari Muhammad yang sudah meninggal dunia pada 2010 tidak mati, sebaliknya ghaib.

“Bahawa keputusan ini meliputi apa-apa versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran-ajaran terbabit di atas dan termasuklah apa-apa pegangan, ideologi, falsafah atau mana-mana kumpulan yang wujud atau akan diwujudkan.

“Sistem ekonomi yang dibangunkan oleh pengikut GISBH tidak diiktiraf sebagai ekonomi Islam dan tidak menepati syarak,” katanya.

Sehubungan itu, Asmadi mahu semua pihak berkuasa termasuk agensi berkaitan bekerjasama bagi merangka dan melaksanakan pemulihan serta pemantaun pengikut GISBH.

Katanya, kerjasama membabitkan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) dan pelbagai lain.

Kelmarin, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut memperkenankan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa negeri itu bahawa pemimpin, pengikut, pekerja atau ahli GISBH dan rangkaiannya adalah menyeleweng daripada akidah Islam sebenar.

Related Posts

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

KUCHING – Kerajaan MADANI mengumumkan penambahbaikan segera terhadap inisiatif BUDI MADANI bagi penyaluran subsidi diesel (Budi Diesel) dengan membenarkan pemindahan kelayakan sehingga maksimum tiga buah kenderaan berkuat kuasa serta-merta. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

KUCHING – Sabah dan Sarawak masing-masing bakal menerima Pemberian Khas interim berjumlah RM1.5 bilion, satu peningkatan ketara yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia

Generasi muda digesa fahami sejarah, pelihara hak Sarawak dalam MA63

Generasi muda digesa fahami sejarah, pelihara hak Sarawak dalam MA63

Pembantu kedai cermin mata ditahan kes pecah amanah RM179,000

Pembantu kedai cermin mata ditahan kes pecah amanah RM179,000

United tersingkir saingan Piala Carabao, kalah 2-3 kepada Brighton

United tersingkir saingan Piala Carabao, kalah 2-3 kepada Brighton

Hari Malaysia 2026: KSU Komunikasi hargai komitmen semua pihak, syukur kelancaran majlis

Hari Malaysia 2026: KSU Komunikasi hargai komitmen semua pihak, syukur kelancaran majlis

Pahang rekod kutipan hasil lebih RM1 bilion untuk tahun kelima

Pahang rekod kutipan hasil lebih RM1 bilion untuk tahun kelima