SPRM tahan pengerusi agensi kerajaan bergelar Datuk di Pulau Pinang

SEORANG pengerusi agensi kerajaan bergelar Datuk antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam urusan penjualan lapan lot tanah milik sebuah agensi kerajaan di Pulau Pinang.

Empat lagi suspek terdiri daripada dua pengarah syarikat, seorang pengurus teknikal dan kerani wanita berusia 40 hingga 50-an.

Sumber dipetik Buletin TV3 berkata, pengerusi itu dipercayai menyalahgunakan kedudukannya sebagai timbalan pengerusi dan ahli lembaga pengarah pada 2015 bagi meluluskan penjualan lapan lot tanah di Seberang Perai Selatan kepada sebuah syarikat dipercayai mempunyai kaitan dengan sekutunya.

Katanya, tanah itu disyaki dijual pada harga lebih rendah daripada nilai pasaran yang menyebabkan kerugian kira-kira RM1.96 juta.

Semua suspek ditahan antara 11 pagi hingga 12 tengah hari semalam di pejabat SPRM Pulau Pinang dan mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret George Town hari ini untuk permohonan reman.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Related Posts

Kereta kabel Bukit Bendera dijangka siap menjelang Ogos 2027

GEORGE TOWN – Kemajuan projek kereta kabel Bukit Bendera kini telah mencapai 32 peratus dengan kerja-kerja fizikal dijangka siap sepenuhnya menjelang Ogos tahun depan. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rapid KL lanjut operasi rel, bas 24 jam sempena Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan rel dan bas terpilih kendalian Rapid KL akan beroperasi selama 24 jam bermula 30 hingga 31 Ogos ini bagi memudahkan pergerakan orang ramai sempena Sambutan Hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kereta kabel Bukit Bendera dijangka siap menjelang Ogos 2027

Kereta kabel Bukit Bendera dijangka siap menjelang Ogos 2027

Rapid KL lanjut operasi rel, bas 24 jam sempena Hari Kebangsaan

Rapid KL lanjut operasi rel, bas 24 jam sempena Hari Kebangsaan

Selangor bangunkan indeks kehidupan bermaruah ukur tahap kehidupan rakyat

Selangor bangunkan indeks kehidupan bermaruah ukur tahap kehidupan rakyat

Carrick nafi United diberi layanan istimewa

Carrick nafi United diberi layanan istimewa

SPRM tahan pengerusi agensi kerajaan bergelar Datuk di Pulau Pinang

SPRM tahan pengerusi agensi kerajaan bergelar Datuk di Pulau Pinang

Bekas Setiausaha Politik MB Kedah diperintah bela diri kes rasuah REE

Bekas Setiausaha Politik MB Kedah diperintah bela diri kes rasuah REE