STATOB akan tingkatkan pertumbuhan ekonomi dua hala Sarawak, Brunei

BRUNEI DARUSSALAM – Penubuhan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATOB) di Brunei Darussalam mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi antara Sarawak dengan Brunei.

Sarawak mencatatkan peningkatan 23.8 peratus pada 2023 dengan jumlah RM3.76 bilion.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Awang Tengah Ali Hassan, Sarawak turut menerima 1.3 juta pengunjung dari Brunei pada 2023.

“Jumlah tersebut merupakan paling tinggi pernah direkodkan. Melalui jumlah tersebut, kita dapat meningkatkan industri pelancongan melalui promosi,” kata beliau.

Tambah beliau, peranan STATOB diyakini dapat memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan kerjasama ekonomi strategik Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran STATOB di Brunei Darussalam pada Khamis.

Sementara itu, Awang Tengah percaya kerajaan Sarawak di bawah kepemimpinan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mampu mempergiatkan infrastruktur berintegrasi dengan rangkaian jalan Brunei terutama Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH).

“Lebuh raya ini sangat penting kerana menghubungkan di antara Sabah dengan Sarawak dan destinasi akhir menuju ke Nusantara di Indonesia,” ujar beliau.

Tambah beliau, Brunei dan Sarawak dapat bekerjasama dengan berkesan dan meningkatkan perdagangan dengan mengintegrasi rangkaian jalan tersebut.

“Saya yakin perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mampu mendapat manfaat besar daripada inisiatif ini dengan mempromosi produk dan perkhidmatan di pasaran yang lebih luas,” kata beliau lagi.

Related Posts

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

KUCHING – Sesi persekolahan secara bersemuka bagi lapan daerah di negeri ini diarahkan tutup berkuat kuasa serta-merta bermula 20 Ogos hingga 21 Ogos ini susulan fenomena jerebu yang menjejaskan kualiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

KUANTAN – Empat beranak berdepan detik cemas apabila kediaman mereka di Kampung Pandan 1, dekat sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 4 petang tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini