Warganegara China salah guna pas lawatan, polis Semporna terima lima laporan

SEMPORNA – Polis menerima lima laporan berkaitan ketidakpuasan hati terhadap warganegara China yang menyalahgunakan pas lawatan untuk bekerja di Semporna.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Sabri Zainol berkata, kesemua laporan polis itu dibuat oleh pengusaha pelancongan tempatan pada Rabu lepas.

“Mereka menyatakan ketidakpuasan hati warganegara China bekerja tanpa memiliki pas bekerja yang sah untuk bekerja di daerah ini.

“Pengadu juga khuatir perkara ini memberi kesan kepada sektor pelancongan dan perniagaan Semporna,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Mohd Sabri, laporan polis yang dibuat juga telah dirujuk kepada pihak Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan untuk tindakan lanjut.

Related Posts

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

KUCHING – Sesi persekolahan secara bersemuka bagi lapan daerah di negeri ini diarahkan tutup berkuat kuasa serta-merta bermula 20 Ogos hingga 21 Ogos ini susulan fenomena jerebu yang menjejaskan kualiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

KUANTAN – Empat beranak berdepan detik cemas apabila kediaman mereka di Kampung Pandan 1, dekat sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 4 petang tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini