RMK13: Kementerian Ekonomi mulakan inisiatif Madani Mendengar – Rafizi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedang mengadakan jelajah Madani Mendengar bagi menyediakan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, RMK13 akan menjadi dokumen penting Kerajaan Madani, bukan sahaja untuk merangka hala tuju ekonomi negara bagi lima tahun akan datang, tetapi juga hingga tahun 2040.

Menurut beliau, RMK13 berazam untuk menjadi sebuah dokumen strategik yang komprehensif dan mudah difahami oleh rakyat, melibatkan semua pihak daripada perusahaan kecil dan sederhana (PMKS) sehinggalah kepada isu masyarakat menua.

“Sebagai sebahagian daripada penyediaan RMK13, Kementerian Ekonomi telah memulakan inisiatif ‘Madani Mendengar,’ yang bertujuan untuk mendengar pandangan rakyat dari semua lapisan masyarakat.

“Sesi pertama telah berlangsung di Negeri Selangor pada 1 Oktober 2024, dengan penyertaan pelbagai pihak termasuk sektor swasta, NGO, kumpulan berkepentingan, dan mahasiswa.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang telah hadir, serta pasukan Kementerian Ekonomi dan Kerajaan Negeri Selangor,” ujarnya dalam kenyataan pada Khamis.

Kata Rafizi lagi, sesi Madani Mendengar ini akan diteruskan di seluruh negara.

“Kami mengalu-alukan orang awam yang ingin menyumbang idea dan cadangan untuk RMK13.

“Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada usaha membentuk masa depan ekonomi negara. Kongsi pandangan anda di https://rmk13.ekonomi.gov.my/rmk13/pandangan-awam/ dan bersama-sama kita wujudkan Malaysia yang lebih sejahtera dan maju,” katanya.

Related Posts

Undang-undang tetap terpakai di ruang maya – Azalina

PUTRAJAYA – Semua pihak tertakluk kepada peraturan serta peruntukan undang-undang negara tanpa pengecualian, termasuk bagi kesalahan yang dilakukan di ruang maya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said meminta semua pihak supaya menunggu sehingga selesai istiadat di Istana Negara esok…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang tetap terpakai di ruang maya – Azalina

Undang-undang tetap terpakai di ruang maya – Azalina

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi