Destini SMJ Anak Muda Sabah platform beri penjelasan peranan, inisiatif kerajaan negeri

TAWAU – Program Destini Sabah Maju Jaya (SMJ) Anak Muda Sabah platform beri pendedahan dan penjelasan berhubung peranan dan pelbagai inisiatif yang disediakan kerajaan negeri.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, pendedahan ini amat penting dalam memastikan modal insan belia diletakkan di tempat yang betul seiring dengan kemajuan Sabah.

“Banyak input diberi kepada siswa siswi tentang tanggungjawab dan sebarang bentuk bantuan disalurkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Pakatan Harapan (PH) Plus di bawah pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Saya percaya ini penting kerana anak muda mencorakkan masa depan negara dan sudah pasti maklumat betul serta maklumat sahih dapat diberikan kepada mereka agar mereka tidak terpengaruh dengan sebaran tidak benar di media sosial,” katanya kepada media pada Program Destini SMJ Anak Muda Sabah di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau, pada Rabu.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Andy Suryady Bandy; Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan Dan Rakyat (Ikrar), Azrul Ibrahim dan Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui.

Dalam pada itu, Andy juga berpendapat
Destini SMJ memberikan pemahaman sebenar berkaitan isu semasa yang berlaku sekali gus memberi perspektif baharu tentang persoalan berbangkit terutamanya hala tuju SMJ khusus untuk golongan belia Tawau dan Kalabakan.

Sementara itu, Azrul menjelaskan Destini SMJ juga sebagai peluang mengangkat suara anak muda ke peringkat lebih tinggi agar aspirasi itu menjadi dasar dan polisi kerajaan.

“Alhamdulillah kepimpinan Datuk Seri Hajiji bukan sahaja iktiraf malah menyantuni pandangan anak muda ikut keperluan dan kesesuaian.

“Daripada 11 edisi program setakat ini, banyak yang dijadikan polisi dan akhirnya memberi manfaat besar pada pelajar Sabah misalnya yang belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar negeri, pemberian subsidi kapal terbang diberikan,” katanya.

Lebih 300 pelajar dari IPG Tawau, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Tawau, Kolej Komuniti Tawau dan Politeknik Tawau menyertai program berkenaan anjuran Ikrar dan Gerakan Mahasiswa Sabah (GMS).

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP