
KOTA SAMARAHAN – Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Dr. Adnan Mat menyeru agar penjawat awam memilih opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Menurut beliau, opsyen SSPA sebenarnya menawarkan pelarasan gaji yang lebih baik tanpa menjejaskan pencen.
Beliau berkata demikian ketika hadir pada Majlis Bual Bicara Bersama Presiden Cuepacs pada Rabu.
Sementara itu, beliau juga berkesempatan melakukan lawatan kerja ke Pejabat Residen Bahagian Samarahan pada Rabu.
Lawatan kerja tersebut diiringi pegawai tinggi Cuepacs dapat memberikan hasil yang positif selain menghasilkan perkhidmatan yang lebih cekap.
Sehubungan itu, beliau juga turut memberi taklimat ringkas berkenaan isu kenaikan gaji penjawat awam seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.





