Sarawak salur RM22 juta untuk sekolah Cina – Abang Johari

KUCHING – Sarawak terus komited untuk memperkasakan sektor pendidikan dengan menyalurkan bantuan RM22 juta bagi sekolah Cina.

Sekolah rendah bantuan Cina menerima RM12 juta, manakala Sekolah Menengah Bantuan Cina menerima peruntukan sebanyak RM10 juta.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata peruntukan sekolah rendah bantuan Cina meningkat sebanyak RM3 juta berbanding RM9 juta pada tahun lalu.

“Kali ini peruntukan dinaikkan kepada RM22 juta secara keseluruhan untuk membantu sekolah Cina,” kata beliau.

Tambah beliau, peruntukan yang besar kali ini mengambil kira aspek masa depan anak-anak.

Beliau berkata demikian ketika berucap padaMajlis Sambutan Ulang Tahun ke-40 Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah Rendah Bantuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian di Pusat Konvensyen Borneo Kuching pada Selasa.

Sementara itu, Abang Johari berkata Sarawak turut mengiktiraf sijil Sijil United Examination Certificate (UEC).

“Ini membolehkan pelajar sekolah Cina dapat memohon melanjutkan pelajaran di universiti hak milik Sarawak pada 2026,” kata beliau lagi.

Related Posts

Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

KOTA KINABALU – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) mendesak agar kes siasatan dipercayai penyelewengan dana berjumlah RM1.5 bilion didakwa membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dibuka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak sasar hampir 49,000 pekerjaan digital berkemahiran tinggi menjelang 2030

MIRI– Sarawak menyasarkan pewujudan antara 39,000 hingga 48,750 peluang pekerjaan digital berkemahiran tinggi menjelang tahun 2030 bagi memenuhi keperluan industri teknologi yang semakin berkembang. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Maszlee pilihan tepat untuk DUN Puteri Wangsa – Syed Abu Hussin

Maszlee pilihan tepat untuk DUN Puteri Wangsa – Syed Abu Hussin

JS-SEZ kekal di landasan, pelan induk dilancar suku ke-4 2026

JS-SEZ kekal di landasan, pelan induk dilancar suku ke-4 2026

Elia Nadira seru politik matang, tolak main isu kaum demi masa depan Tenang

Elia Nadira seru politik matang, tolak main isu kaum demi masa depan Tenang

Klopp sedia pikul tugas ketua jurulatih Jerman

Klopp sedia pikul tugas ketua jurulatih Jerman

Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

Ysahrudin utamakan santuni rakyat dari rumah ke rumah, dengar denyut nadi rakyat Bukit Naning

Ysahrudin utamakan santuni rakyat dari rumah ke rumah, dengar denyut nadi rakyat Bukit Naning