Pendedahan RCI Tabung Haji perlu dijadikan iktibar

SHAH ALAM – Pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) perlu dijadikan iktibar bagi memastikan kelemahan tadbir urus, keputusan pelaburan tidak berhemat serta kegagalan mematuhi peruntukan undang-undang yang berlaku sebelum ini dalam institusi itu tidak berulang.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, laporan RCI TH mendedahkan semua kelemahan yang mewujudkan defisit antara aset dan liabiliti TH sejak tahun 2014.

Beliau yang kini Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menegaskan, antara keutamaan kerajaan ketika beliau menggalas jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 2018 hingga 2020 adalah memastikan proses pemulihan TH dilaksanakan bagi melindungi simpanan pendeposit dan memulihkan keyakinan rakyat.

“Proses pemulihan dimulakan pada tahun 2018 adalah langkah penting untuk mengembalikan kestabilan institusi ini.

“Namun, pemulihan sahaja tidak mencukupi sebaliknya apa yang berlaku mesti dijadikan iktibar agar kesilapan yang sama tidak berulang lagi,” katanya dalam satu kenyataan, seperti dilapor Sinar Harian.

Semalam kerajaan mendedahkan laporan RCI TH yang merumuskan mengenai kerugian dialami TH selain dakwaan pemalsuan akaun, pelaburan bermasalah dan campur tangan ahli politik dalam pentadbiran institusi tersebut bagi tempoh 2014 hingga 2020.

Dalam laporan setebal 211 muka surat itu, RCI turut menyenaraikan syor yang perlu dilaksanakan bagi meningkatkan tadbir urus dan kesejahteraan institusi berkenaan termasuk menyarankan supaya amalan pemberian bonus terlalu tinggi kepada kakitangan dihentikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dilapor memaklumkan, TH mengalami kerugian kira-kira RM10 bilion akibat pelaburan tidak mematuhi peraturan dan kelemahan tadbir urus.

Anwar berkata, pihaknya menyerahkan tindakan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat mana-mana pihak bertanggungjawab yang menyebabkan kerugian, penipuan atau salah guna kuasa dalam TH.

Mengulas lanjut, Fuziah yang juga Setiausaha Agung PKR menyambut baik pendirian Anwar supaya mana-mana pihak yang menyebabkan kerugian atau melanggar undang-undang disiasat.

Katanya, sekiranya terdapat bukti mencukupi, biarlah undang-undang menjalankan tanggungjawabnya.

“TH dibina atas kepercayaan umat Islam, amanah sebesar ini hanya dapat dipelihara melalui tadbir urus baik, ketelusan dan akauntabiliti.

“Semoga segala syor RCI dapat dilaksanakan untuk memastikan institusi yang menjadi kebanggaan umat Islam ini terus kekal kukuh untuk generasi akan datang,” ujarnya.

Related Posts

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

PUTRAJAYA – Tiada mana-mana individu berada di atas undang-undang dan setiap yang disabitkan kesalahan mesti menjalani hukuman mengikut Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang sedia ada, tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR – Harga arang batu yang melonjak kepada AS$148 satu tan pada 10 September meningkatkan tekanan terhadap kos penjanaan elektrik negara, kata Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah