Anwar beri Tuan Ibrahim 48 jam untuk minta maaf

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan notis tuntutan menuntut Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung beberapa kenyataan didakwa berunsur fitnah yang dikeluarkan terhadapnya.

Peguam Datuk SN Nair berkata, kenyataan yang didakwa berbaur fitnah itu dibuat di luar Parlimen pada 14 Jun lalu dan diterbitkan semula melalui media sosial.

“Surat tuntutan itu antara lain menuntut supaya Tuan Ibrahim menarik balik serta-merta kenyataan yang dipertikaikan dan membuat permohonan maaf terbuka tanpa syarat.

“Selain itu, Tuan Ibrahim juga perlu membuat aku janji agar tidak mengulangi dakwaan tersebut selain membayar ganti rugi dan kos guaman,” kata peguam itu menerusi kenyataan, lapor Bernama.

Beliau berkata, Tuan Ibrahim diberi tempoh 48 jam untuk memberikan maklum balas dan sekiranya gagal berbuat demikian, pihaknya diarahkan untuk memulakan prosiding undang-undang tanpa sebarang notis lanjut.

Related Posts

Pendedahan RCI Tabung Haji perlu dijadikan iktibar

SHAH ALAM – Pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) perlu dijadikan iktibar bagi memastikan kelemahan tadbir urus, keputusan pelaburan tidak berhemat serta kegagalan mematuhi peruntukan undang-undang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak benar RCI TH didedah demi raih undi PRN Negeri Sembilan

JEMPOL – Pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) dibuat bagi mempengaruhi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya keputusan itu dibuat selepas melalui proses…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendedahan RCI Tabung Haji perlu dijadikan iktibar

Pendedahan RCI Tabung Haji perlu dijadikan iktibar

Anwar beri Tuan Ibrahim 48 jam untuk minta maaf

Anwar beri Tuan Ibrahim 48 jam untuk minta maaf

Tidak benar RCI TH didedah demi raih undi PRN Negeri Sembilan

Tidak benar RCI TH didedah demi raih undi PRN Negeri Sembilan

RCI TH: Sah Tabung Haji bermasalah, pelaburan pula mencurigakan sebelum 2018

RCI TH: Sah Tabung Haji  bermasalah, pelaburan pula mencurigakan sebelum 2018

Sarawak perkukuh agenda STEM lahir peneraju ekonomi masa depan

Sarawak perkukuh agenda STEM lahir peneraju ekonomi masa depan

RCI TH: Naim sifatkan pengurusan Tabung Haji ‘wira yang tidak didendang’

RCI TH: Naim sifatkan pengurusan Tabung Haji ‘wira yang tidak didendang’