Kerajaan masih lagi tanggung subsidi diesel – Rafizi

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih lagi menanggung perbelanjaan pemberian subsidi diesel pada masa ini kepada sektor-sektor yang layak.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, walaupun harga diesel diapungkan, masih terdapat sektor-sektor yang harganya diberikan subsidi kepada golongan tertentu seperti nelayan, pengangkutan awam serta industri logistik.

“Sekarang ini (subsidi diesel) tidak diapungkan 100 peratus, ia hanya melibatkan pengguna persendirian sahaja.

“Dan jumlah keseluruhan kepada kerajaan itu masih lagi signifikan kerana kita tidak menghapuskan subsidi, kita hanya menyasarkan sahaja,” katanya bagi menjawab soalan Datuk Eric See-To atau nama samarannya, Lim Sian See mengenai harga runcit diesel yang tidak mengikut harga pasaran semasa dalam Audio Siar ‘Yang Bakar Menteri’ (YBM) Episod Keenam.

Kementerian Kewangan sebelum ini menyatakan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel melibatkan penetapan harga mengikut harga pasaran.

Pada 10 Jun 2024, kerajaan telah menetapkan harga runcit bahan api diesel pada RM3.35 seliter bermula di stesen-stesen minyak seluruh Semenanjung Malaysia.

Harga runcit bahan api diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada RM2.15 seliter.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, lebihan wang daripada perbezaan harga diesel dengan harga semasa digunakan untuk membayar subsidi yang masih lagi diberikan oleh kerajaan kepada golongan sasar.

“Oleh itu, kalau ada perbezaan dari segi harga mingguan itu, ada masanya akan jadi lebih dan ada masanya kurang, jadi kesan bersih daripada lebih atau kurang harga itu masih lagi menjadi perbelanjaan utama kerajaan dalam bentuk subsidi diesel.

“Sekiranya ada lebihan pada minggu ini ia akan dibawa ke minggu hadapan ataupun wang itu sebenarnya digunakan untuk membayar subsidi yang masih lagi berbilion-bilion ringgit kepada pengangkutan awam dan semua sektor yang telah ditetapkan termasuklah inisiatif Budi Madani,” tambahnya.

Budi Madani adalah usaha kerajaan untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak meliputi bantuan individu (Budi Individu), petani serta pekebun kecil (Budi Agri-Komoditi) serta syarikat dan kenderaan pengangkutan (MySubsidi Diesel).

Pada audio siar itu, See-To yang merupakan individu yang menggunakan nama samaran Lim Sian See dalam laman sosial Facebook bersetuju menjadi tetamu untuk program tersebut.

Beliau merupakan sebahagian pasukan komunikasi strategik Barisan Nasional (BN) ketika Datuk Seri Najib Tun Razak memegang jawatan Perdana Menteri.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar