JPN Bera ziarah warga emas, permudah urusan ganti MyKad

BERA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Bera mengadakan lawatan prihatin ke Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang di sini, hari ini bagi memberi sokongan moral dan semangat kepada penghuni pusat jagaan berkenaan.

Lawatan itu diadakan bagi melihat dan memahami isu dihadapi warga emas di rumah kebajikan terbabit yang sering berdepan masalah kehilangan kad pengenalan (MyKad) akibat faktor usia.

Pegawai JPN Bera, Zulkifli Yaakub yang mengetahui lawatan itu mengakui isu berkenaan sentiasa dalam pemantauan pihaknya.

“Memandangkan kebanyakan penghuni di sini sudah berusia lebih 60 tahun, jadi masalah kehilangan MyKad tidak boleh dielakkan.

“Kehilangan MyKad ini mungkin disebabkan tercicir atau mungkin juga terlupa di mana mereka simpan (MyKad) itu.

“Jadi kita di JPN Daerah Bera melihat perkara ini boleh diselesaikan, jadi kita bersetuju memberikan kelonggaran dengan menguruskan penggantian dokumen berkenaan kepada golongan berkenaan,” katanya.

Selain itu, Zulkifli memaklumkan, sebarang bentuk denda atau kompaun yang dikenakan akibat kehilangan kad pengenalan turut dikecualikan sepenuhnya bagi meringankan beban warga emas terbabit.

Pengerusi Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang, Datuk Yap Yoke Moey berkata, tanggungjawab menjaga 485 orang warga emas di pusat itu amat mencabar dan memerlukan kesabaran tinggi.

“Namun, kehadiran dan bantuan daripada pegawai kerajaan seperti dari pejabat JPN Bera yang sudi turun padang untuk menguruskan dokumen pengenalan diri penghuni kami amat kami hargai.

“Sudah tentu ia amat membantu dalam meringankan beban pengurusan pihak pusat jagaan,” katanya.

Beliau memaklumkan, buat masa ini rumah kebajikan berkenaan menempatkan hampir 500 penghuni, termasuk warga emas yang sakit terlantar.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan