
BELAWAI – Pantai Belawai antara pantai yang tercantik di Sarawak menjadikan tempat itu sering dikunjungi oleh pengunjung.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, kerajaan Sarawak sentiasa serius untuk membangunkan prasarana Pantai Belawai.
“Kerajaan Sarawak turut meluluskan peruntukan secara berperingkat untuk membangunkan Pantai Belawai,” ujar beliau.
Jelas beliau lagi, kerajaan Sarawak turut meluluskan projek pembangunan pantai pelancongan di Belawai bernilai RM161 juta.
“Apabila projek ini disiapkan, Pantai Belawai akan menjadi pantai tercantik dengan pelbagai kelengkapan kemudahan,” kata beliau yang hadir mewakili Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Pesta Belawai 2024 di Tapak Pesta, Pantai Belawai pada Ahad.
Sementara itu, Ahli Parlimen Tanjung Manis Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab berkata, pembangunan Pantai Pelancong Belawai menjadi tarikan utama pengunjung.
“Projek Pantai Belawai sudah pasti dapat memberi manfaat kepada pelancong selain meningkatkan sosioekonomi masyarakat setempat,” kata beliau.
Tambah beliau, ia juga dapat mempromosi produk makanan tempatan dan kebudayaan di Tanjung Manis.





