Selepas runding, Muhyiddin dapat ilham tiada perebutan jawatan tertinggi parti

SELAYANG – “Saya sudah dapat ilham supaya tiada pertandingan bagi jawatan tertinggi parti,” jelas Presiden Parti Pribumi Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ia sekaligus mengesahkan pemilihan parti Bersatu yang akan berlangsung pada Oktober ini bakal menyaksikan tiada pertembungan melibatkan jawatan tertinggi parti berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Bersatu di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Selayang di sini pada Sabtu.

Muhyiddin berkata, beliau sendiri telah bertemu dengan semua pimpinan tertinggi parti bagi mencari jalan penyelesaian mengelak pertembungan.

“Mereka minta saya berperanan untuk berunding dengan bahagian dan saya sudah dapat ilham supaya tiada pertandingan bagi jawatan tertinggi parti.

“Saya juga dah bincang dengan pemimpin tertinggi yang lain timbalan, naib, setiausaha agung dan majlis tertinggi juga putuskan perkara yang sama, jadi saya telah jalankan tugas saya,” katanya.

Jelasnya, keputusan sebulat suara itu membuktikan bahawa Bersatu adalah parti yang mempunyai semangat perjuangan, saling bantu membantu yang dapat memberikan gambaran baik kepada rakyat.

“Keputusan dah ada, saya akan umumkan dalam satu tempoh sebelum pencalonan itu, saya harap semua (ahli, perwakilan) dapat memberi sokongan 100 peratus kepada keputusan itu,” katanya.

Ujarnya, pemilihan parti ini mesti berjalan dalam semangat muhibah, jangan berpecah-belah, jangan bermusuh yang menang mesti pegang amanah. Manakala yang kalah mesti terus ada peranan dalam parti.

“Saya mahu parti kita menjadi lebih kuat selepas pemilihan parti. Kenapa? Kerana penggal pemilihan inilah yang akan menentukan kalah menang kita dalam PRU16.

“Ini bukan perkara main-main. Ini tentang survival parti kita. Ini tentang survival bangsa kita, tanah air kita dan agama kita,” katanya.

Related Posts

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar memutuskan untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden PKR selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada pengajian lanjutan serta meneruskan usaha khidmat dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Semakan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh