Rakyat sudah muak tipu daya pembangkang

KEMENANGAN Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Mahkota jelas menunjukkan rakyat tidak lagi tertipu dengan propaganda bahawa Islam dan Melayu terancam melalui kerjasama kerajaan Perpaduan yang sering dimainkan pembangkang.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, malah rakyat juga sudah membuka mata dan tidak lagi terpedaya dengan taktik pembangkang yang sering melaungkan propaganda UMDAP (UMNO-DAP) melalui kerjasama BN dan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, pengundi juga dilihat muak dengan perbalahan dan persengketaan berorientasikan sentimen agama serta kaum yang sering dimainkan pembangkang sebelum ini.

“Pelbagai hikmah dan pengajaran penting dapat diambil daripada kemenangan berturut-turut ini.

“Di Nenggiri dan Mahkota iaitu pengundi makin bijaksana dalam membuat pertimbangan.

“Budaya dan pendekatan politik fitnah, adu domba, caci-maki tidak lagi diterima walaupun mudah mencetuskan sentimen dan emosi rakyat.

“Sebaliknya, kempen secara hikmah, tertib dan menyantuni hati pengundi dengan cermat seperti ziarah kasih, sembang santai berkelompok dengan menerangkan agenda kerajaan secara berfakta lebih diterima pengundi,” katanya lapor Berita Harian hari ini.

PRK Mahkota menyaksikan BN mempertahankan kerusi itu apabila calonnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah menewaskan calon PN, Mohamad Haizan Jaafar, dengan majoriti 20,648 undi.

Pada masa sama, Asyraf Wajdi berkata, permainan sentimen agama dan kaum tidak lagi relevan sedangkan sifat negara dan Johor secara spesifiknya berteraskan terhadap semangat majmuk dengan meraikan kepelbagaian.

Katanya, pembangkang yang masih bertaut kepada propaganda UMDAP, Islam dan Melayu terancam ternyata tidak dapat bertahan lagi kerana rakyat mula membuka mata apabila UMNO menzahirkan pelbagai agenda pemerkasaan Islam dan Bumiputera tanpa menafikan hak dan kepentingan kaum serta agama lain.

Related Posts

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AYER KEROH – Proses demokrasi dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus dihormati dan diperkukuh, termasuk dalam soal kepemimpinan parti serta keputusan memberi ruang kepada Timbalan Presidennya, Nurul Izzah Anwar untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak