Projek Kubur Islam di Semenyih dirancang sejak 2005, tangani kekurangan lot kubur warga kota

KUALA LUMPUR – Projek Pembangunan Tanah Perkuburan Islam Wilayah Persekutuan di Mukim Hulu Semenyih yang didakwa menimbulkan kekeliruan, sebenarnya telah dirancang sejak tahun 2005 dan dibangunkan di atas tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menegaskan projek pembangunan di atas tanah seluas 332.6 ekar itu dilaksana bagi menangani isu kritikal kekurangan lot kubur Islam untuk warga kota, selain mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.

“Projek ini turut memberi manfaat kepada komuniti setempat apabila 10 peratus daripada kapasiti tapak perkuburan diperuntukkan bagi tujuan pengebumian penduduk sekitar di negeri Selangor.

“Ia sebagai manifestasi komitmen Kerajaan Persekutuan dalam memastikan pembangunan ini memberi manfaat bersama kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Tambahnya pihak pemaju menanggung sepenuhnya kos penyediaan infrastruktur termasuk surau, pejabat pentadbiran, kafeteria serta rumah pengawal manakala pengurusan dan operasi sebanyak 104,470 lot tapak perkuburan itu kekal di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Selain itu, menurut Hannah, berdasarkan fakta rasmi kapasiti tanah perkuburan Islam sedia ada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah melebihi 70 peratus penggunaan.

Sehingga Jun 2023, hanya kira-kira 29 peratus atau 34,496 lot masih berbaki dan dijangka hanya mampu menampung keperluan sehingga sekitar tahun 2032.

Justeru, penyediaan tapak perkuburan baharu merupakan keperluan mendesak bagi menjamin kebajikan umat Islam pada masa hadapan.

Beliau turut menyatakan bahawa projek berkenaan dibangunkan berteraskan kepentingan awam, iaitu projek dilaksanakan melalui kaedah kerjasama awam swasta.

“Sebagai sebahagian daripada perjanjian, pemaju akan menanggung sepenuhnya kos penyediaan infrastruktur termasuk kuarters, surau, pejabat pentadbiran, kafeteria, tandas serta rumah pengawal dan juga kerja-kerja tanah bagi 104,470 plot kubur Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Tanah tapak projek ini kekal sebagai milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Manakala pengurusan, pentadbiran dan operasi Tapak Perkuburan Islam tersebut kekal di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan bukannya diuruskan oleh mana-mana syarikat.

Katanya, laporan polis telah dibuat oleh pihak Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) bagi mengekang penyebaran maklumat tidak tepat berhubung projek berkenaan yang tular di media sosial baru-baru ini.

Berhubung jalan pintas bagi mengurangkan kesesakan trafik di kawasan sekitar, kos keseluruhan projek jalan pintas sebanyak RM93.89 juta bukan ditanggung oleh kerajaan, sebaliknya dibiayai oleh pemaju

“Jalan pintas sepanjang 4.3 kilometer dari Jalan Sungai Lalang ke Lebuhraya SILK dibina bagi mengatasi kesesakan trafik dan sekali gus memberikan laluan alternatif yang lebih lancar kepada penduduk setempat,” katanya.

Tambahnya, projek tersebut telah melalui penilaian teknikal serta mendapat kelulusan Kerajaan Negeri Selangor, selain disokong kajian Makmal Pengurusan Nilai (Value Management Lab) bagi memastikan manfaat yang optimum kepada rakyat.

Related Posts

Fahmi Fadzil bakal bergelar Datuk Seri, Seniman Nordin Ahmad dianugerah Datuk

GEORGETOWN – Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil mendahului senarai penerima Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang sempena Ulang Tahun ke-85 Yang Dipertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Solat Jumaat di surau IOI City Mall hanya kebenaran sementara atas perkenan Sultan Selangor

SHAH ALAM – Kebenaran mendirikan solat Jumaat di Surau IOI City Mall, Putrajaya adalah bersifat sementara dan telah diperkenankan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sejak September tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Onn pandang serius isu pencerobohan bot pukat tunda, tindakan segera akan diambil

Onn pandang serius isu pencerobohan bot pukat tunda, tindakan segera akan diambil

Trafik sesak ke Johor isyarat rakyat serius tunaikan tanggungjawab pulang mengundi

Trafik sesak ke Johor isyarat rakyat serius tunaikan tanggungjawab pulang mengundi

11.59 malam ini tamat tempoh berkempen PRN Johor – SPR

11.59 malam ini tamat tempoh berkempen PRN Johor – SPR

SPR perkemas persiapan akhir hadapi hari pengundian esok

SPR perkemas persiapan akhir hadapi hari pengundian esok

Kerajaan MADANI utamakan kebajikan rakyat, bukan persepsi politik – Mat Sabu

Kerajaan MADANI utamakan kebajikan rakyat, bukan persepsi politik – Mat Sabu

EAIC syor KDN, JPN semak semula proses naturalisasi pemain Harimau Malaya

EAIC syor KDN, JPN semak semula proses naturalisasi pemain Harimau Malaya