Kadar jenayah Sarawak catat penurunan 20 peratus pada bulan Jun

KOTA SAMARAHAN – Kadar jenayah seluruh Sarawak secara keseluruhannya dilaporkan menunjukkan trend penurunan yang memberangsangkan iaitu melebihi 20 peratus pada Jun lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah memaklumkan, penurunan jenayah tersebut turut direkodkan di daerah Samarahan dan Padawan meskipun polis kini menggunakan petunjuk pengiraan yang lebih meluas.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) seluruh negara kini beralih kepada sistem petunjuk jenayah keseluruhan berbanding sistem pengiraan 13 jenis jenayah indeks yang diamalkan sebelum ini.

“Mulai tahun ini, perbandingan statistik agak berbeza kerana kita tidak lagi mengira 13 jenis jenayah indeks lama, sebaliknya semua jenis jenayah dinilai sebagai satu petunjuk keseluruhan.

“Pendekatan baharu ini lebih komprehensif dan realistik untuk menggambarkan keadaan jenayah sebenar di sesebuah negeri, dan Alhamdulillah ia tetap menunjukkan penurunan yang positif di Sarawak,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, beliau secara amnya berpuas hati dengan tahap integriti dan prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh warga kontinjen Sarawak dalam memastikan keselamatan komuniti kekal terpelihara.

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali