Kerjasama STIDC-MFC-SFIA perkukuhkan industri perabot Sarawak

KUCHING – Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC) menubuhkan jawatankuasa kerja bersama dengan Majlis Perabot Malaysia (MFC) dan Persatuan Industri Perabot Sarawak (SFIA).

Tujuan penubuhan jawatankuasa adalah menangani isu strategik dan mempermudah pelaburan dalam pemprosesan hiliran terutama industri perabot Sarawak.

Inisiatif ini selaras dengan usaha STIDC mencapai sasaran eksport RM8 bilion menjelang 2030.

Jawatankuasa ini akan memberi tumpuan kepada penggunaan bahan mentah yang ditanam seperti pokok getah akasia dan buluh serta menggalakkan penambahan nilai terhadap bahan import untuk memenuhi permintaan pasaran eksport.

Penasihat STIDC, Datuk Hashim Bojet yakin dengan kerjasama ini dan berharap pemain industri akan tampil memberikan input yang dapat membantu kerajaan Sarawak dalam merangka dasar yang mesra dan konstruktif.

“Matlamat kami adalah mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pertumbuhan industri.

“Oleh itu, pendekatan secara kolektif sangat penting kerana kita tidak hanya memfokuskan kepada Sarawak tetapi Malaysia secara keseluruhan. Kerjasama adalah kunci untuk mencapai matlamat ini,” kata beliau.

Hashim juga mengakui permintaan terhadap perabot masih tinggi di peringkat global walaupun terdapat turun naik dalam eksport.

“Permintaan terhadap perabot sentiasa ada, maka persediaan kita sangat penting.

“Inisiatif ini bertujuan merangsang pertumbuhan dan meningkatkan daya saing industri pada peringkat tempatan dan antarabangsa,” tambah beliau.

Presiden Majlis Perabot Malaysia, Desmond Tan Boon Hai turut menekankan sasaran besar Sarawak untuk mencapai pendapatan eksport RM8 bilion menjelang 2030.

“Untuk mencapai sasaran ini, kami memerlukan sokongan kerajaan melalui dasar yang mesra industri,” kata Tan.

Beliau juga menekankan kepentingan kerjasama dalam proses membuat keputusan dalam memastikan perumusan dasar yang tepat dan berkesan.

Mesyuarat tersebut menandakan langkah penting dalam usaha menyelaraskan kerjasama dalam industri dengan MFC dan SFIA bersedia untuk menyumbang secara aktif dalam sesi sumbang saran dan pembangunan dasar.

STIDC kekal komited memperkukuh industri berasaskan kayu di Sarawak melalui inisiatif strategik yang mempromosikan produk nilai tambah dan amalan mampan.

Penubuhan jawatankuasa kerja ini merupakan bukti dedikasi pemain industri dalam membangunkan industri perabot yang berdaya saing serta memenuhi keperluan tempatan dan permintaan antarabangsa.

Related Posts

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

SANDAKAN – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meneruskan komitmen memperkasa sektor perumahan di Sabah melalui pelaksanaan Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN). Timbalan Menterinya, Datuk Aiman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM1 juta bina gelanggang futsal berbumbung di Papar

PAPAR – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, meluluskan peruntukan RM1 juta bagi pembinaan sebuah gelanggang futsal berbumbung lengkap dengan grandstand di daerah ini. Hajiji berkata, peruntukan itu sebahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Aminuddin kekal, tiada pertukaran kepimpinan di Negeri Sembilan – PM

Aminuddin kekal, tiada pertukaran kepimpinan di Negeri Sembilan – PM

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

Peserta Himpunan 1 Mei mula berarak suarakan tuntutan

Peserta Himpunan 1 Mei mula berarak suarakan tuntutan

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM