Kerajaan semak dakwaan kerugian pengusaha stesen minyak – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneliti dakwaan pengusaha stesen minyak mengalami kerugian ketika tempoh peralihan pelaksanaan penambahbaikan subsidi bahan api, termasuk mendapatkan maklumat lanjut daripada syarikat minyak berkaitan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mengambil maklum perkara berkenaan dan akan mengadakan perbincangan bagi mencari penyelesaian terbaik sekiranya wujud sebarang isu sepanjang pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 dan diesel.

“Merujuk kepada permasalahan yang dibangkitkan, saya akan minta Menteri Kewangan II (Datuk Seri Amir Hamzah Azizan) membantu mendapatkan keterangan lanjut dan juga berunding dengan syarikat minyak.

“Setakat ini mereka memberi kerjasama penuh, kalau tidak, tidak mungkin kita dapat melaksanakan penyasaran subsidi RON95 dan diesel dengan berkesan. Kalau ada sedikit ketempangan yang dibangkitkan, insya-Allah kita boleh berunding untuk mencari penyelesaian yang baik,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timur) berhubung dakwaan pengusaha stesen minyak menanggung kerugian antara RM40,000 hingga RM50,000 ketika proses peralihan harga bahan api bersubsidi.

Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan mengambil pendekatan berhati-hati sebelum melaksanakan penambahbaikan subsidi diesel kerana perlu mengambil kira perbezaan keadaan di Sabah dan Sarawak berbanding Semenanjung.

Katanya, faktor penggunaan diesel yang lebih tinggi, jarak kawasan pedalaman yang jauh serta jumlah stesen minyak yang lebih terhad memerlukan penelitian rapi sebelum pelaksanaan dasar baharu dibuat.

Beliau turut memaklumkan penambahbaikan program BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) membolehkan pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip memohon tambahan kuota subsidi sebanyak 100 liter, menjadikan jumlah kelayakan keseluruhan kepada 300 liter sebulan.

Anwar berkata, sehingga semalam, kira-kira 200,000 permohonan tambahan kuota berkenaan daripada warganegara telah diluluskan.

Related Posts

MMM jadi mekanisme semakan sebelum tindakan terhadap wartawan – PM

JOHOR BAHRU – Sebarang tindakan terhadap wartawan dan organisasi media berdaftar perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Media Malaysia (MMM) sebelum siasatan atau tindakan lanjut diambil, kata Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM mahu kelulusan pinjaman usahawan dipercepatkan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu institusi pembiayaan dan bank mempercepatkan proses kelulusan pinjaman kepada usahawan serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Perdana Menteri berkata, tempoh kelulusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JAS kenal pasti punca pembakaran haram dalam ladang di Padang Serai

JAS kenal pasti punca pembakaran haram dalam ladang di Padang Serai

MMM jadi mekanisme semakan sebelum tindakan terhadap wartawan – PM

MMM jadi mekanisme semakan sebelum tindakan terhadap wartawan – PM

Kerajaan semak dakwaan kerugian pengusaha stesen minyak – PM

Kerajaan semak dakwaan kerugian pengusaha stesen minyak – PM

Kerajaan perkukuh bantuan, elak golongan layak tercicir hadapi negara menua

Kerajaan perkukuh bantuan, elak golongan layak tercicir hadapi negara menua

PM mahu kelulusan pinjaman usahawan dipercepatkan

PM mahu kelulusan pinjaman usahawan dipercepatkan

Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media

Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media