UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

KOTA KINABALU – Kota Belud, Penampang dan Sepanggar dikenal pasti antara kawasan utama yang dicadangkan untuk melalui kajian semula persempadanan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), selaras dengan keperluan semasa serta pertambahan penduduk di kawasan berkenaan.

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor selepas parti selesai memperhalusi syor yang diterima.

“Di Kota Belud, resolusi UPKO adalah meminta supaya kerusi Parlimen Kota Belud dipecahkan kepada dua kerana kita sudah mempunyai empat kerusi DUN di situ.

“Begitu juga di Parlimen Penampang, UPKO mencadangkan supaya kajian semula persempadanan pilihan raya dibuat bagi menambah satu lagi kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN.

“Bagi kawasan Parlimen Tuaran, saya berharap UPKO Tuaran dapat mengemukakan cadangan sama ada kawasan itu mahu dikekalkan seperti sekarang atau perlu dikaji semula. Saya serahkan perkara ini kepada UPKO Tuaran,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tritahunan UPKO Bahagian Tuaran di Dewan Tun Hamdan, Tamparuli pada Ahad.

Ewon yang juga Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah berkata, Kabinet Negeri Sabah sebelum ini telah membincangkan keperluan kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya bagi kawasan Parlimen dan DUN di negeri ini.

“Semua parti telah diminta mengemukakan cadangan kepada Ketua Menteri. Saya percaya parti-parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga sedang meneliti perkara ini di peringkat parti,” katanya.

Tambahnya, kajian semula persempadanan itu juga pernah dibincangkan sebelum ini, termasuk dalam Majlis Tindakan Khas Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), apabila Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri membentangkan kertas mengenainya.

Katanya, kali terakhir bilangan kerusi Parlimen Sabah ditambah ialah menerusi kajian semula persempadanan 2002–2003 yang berkuat kuasa untuk PRU 2004.

Related Posts

Cultural Night satukan anak Bukit Saban, Uggah seru belia rebut peluang pembangunan

KUCHING – Kelab Anak Asal Bukit Saban (KAABS) Cultural Night 2026 menjadi platform penting dalam menyatukan belia Bukit Saban yang menetap di Kuching, selain memperkukuh silaturahim, memupuk semangat kekitaan serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SMK Merbau perkukuh aspek keselamatan kurangkan risiko kemalangan pelajar

MIRI – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau mengambil langkah proaktif memasang sistem kabel keselamatan di seluruh koridor dan kawasan tangga bagi memperkukuh perlindungan warga sekolahnya. Inisiatif melibatkan penyediaan persekitaran pembelajaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cultural Night satukan anak Bukit Saban, Uggah seru belia rebut peluang pembangunan

Cultural Night satukan anak Bukit Saban, Uggah seru belia rebut peluang pembangunan

SMK Merbau perkukuh aspek keselamatan kurangkan risiko kemalangan pelajar

SMK Merbau perkukuh aspek keselamatan kurangkan risiko kemalangan pelajar

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri