Ahmad Fadhli badut politik Pas

DALAM seminggu dua ini tersebar beberapa perbuatan Pas yang boleh dianggap amat pelik pada fikiran manusia yang waras.

Dalam onar pertama, Pas menggesa Perdana Menteri (PM) menggugurkan peraturan yang diguna pakai oleh parti dalam Kerajaan Perpaduan iaitu larangan ke atas Ahli Parlimen bertindak solo menyokong usul oposisi.

Dengan perkataan yang lain, PM diminta membenarkan Ahli Parlimen blok kerajaan melanggar Akta Lompat Parti yang digubal kerajaan pimpinan PM Kelapan (PMVIII).

Hal itu berlaku rentetan usul pada Muktamar Pas baru-baru ini iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) perlu meletak jawatan atas alasan kononnya ‘gagal mentadbir negara’.

Yang bersungguh-sungguh melakukan gesaan itu, Ketua Penerangannya – Ahmad Fadhli Shaari; suatu susuk yang sering tampil dengan kenyataan politik tidak matang.

Ahmad Fadhli yang watak dan onarnya lebih kurang sama dengan Mat Jargon daripada Bersatu – parti sekutu Pas dalam Perikatan Nasional (PN) – kelihatan kekeringan idea.

Dia tercari-cari ramuan mujarab untuk menjenamakan dirinya sebagai ahli politik oposisi yang berwibawa, lalu mengambil jalan mudah – menyasarkan PM sebagai bahan kritikan.

Ini bukanlah kali pertama Ahli Parlimen Pasir Mas itu ‘menembak’ PM dengan ‘peluru kapur’ yang akhirnya menyebabkan dia lebih dilihat sebagai satu daripada ‘Mr. Bean’ atau badut politik Malaysia.

Dalam sesi Parlimen awal tahun lalu, Si Badut ini mengecam PM dalam isu kosa kata ‘ketimbang’ dengan lagak seorang ahli bahasa, tetapi semua hujahnya itu ‘ke laut’.

Itulah Ahmad Fadhli – gopoh, tidak matang, banyak onar, suka berolah.

Dia terlupa, ketika dia berkata bahawa ada ‘halangan’ ke atas Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan dan itu tidak ‘gentleman’, Paslah sebenarnya tidak ‘gentleman’ kerana sudah sekian lama merantai kaki dan tangan wakil rakyatnya.

Buktinya apa? Pas meminta calon wakil rakyatnya berbaiah termasuklah menceraikan isteri jika menyokong pihak lawan atau melompat parti setelah menang sesuatu kerusi.

Adakah Si Badut Pas itu tidak tahu bahawa tanpa ‘halangan’ itu berkemungkinan besar ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen Pas ‘menyeberang’?

Fadhli Shaari, kamu perlu belajar menjadi ahli politik yang ada akal budi sedikit; jangan jadi seperti Mat Jargon – rakan seblok parti politik kamu yang sudah hilang kredibiliti itu!

Melalui onar kedua, ‘Mr. Bean’ Pas ini dalam satu ceramah di hadapan ahli Pas baru-baru ini berkata, PN menolak memorandum persefahaman (MoU) peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang kerana perlu akur kepada perlembagaan yang meletakkan hak sama rata kepada rakyat tanpa sedikit pun tanpa membezakan bangsa dan agama.

Yang lebih malang, dikaitkannya permasalahan itu dengan Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum (ICERD) yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tengok ‘dia punya pusing’ hingga ke situ!

Allahurabbi, sampai ke tahap itu sekali dia nak menipu para pengikut Pas dan itu pun disambut dengan teriakan ‘Allahuakbar!’.

Itu sebab makin ramai orang menggelarkan dia dan Mat Jargon itu ‘kembar seiras’ dari segi kebadutan selain cuba memandulkan kebijaksanaan ahli parti masing-masing.

Kata orang Pantai Timur, itu merupakan penipuan ‘atas darat kering’ iaitu penipuan yang sangat terang lagi nyata!

Kenapa itu dikatakan begitu?

Rakyat sudah nampak bahawa PN enggan menerima butiran MoU itu kerana dua hal yang utama – pertama, mereka tidak lagi boleh bermain dengan isu 3R; kedua, mereka wajib mengisytiharkan harta!

Itu sebenarnya yang digeruni mereka!

Oleh sebab itu, diciptakanlah naratif lain sekali pun terpaksa menipu dan memfitnah supaya PN terus relevan di mata penyokong mereka.

Seterusnya, ke hulu ke hilirlah dua badut itu mencari modal dan berusaha menutup maklumat sebenar daripada sampai kepada pengundi.

Alahai, kasihan betul!

Ahmad Fadhli, sudah-sudahlah tu; banyakkan beristighfar!

Related Posts

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

​LAPORAN terbaharu pada Jun 2026 mengesahkan Malaysia melonjak hebat 8 anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Indeks Daya Saing Global (IMD). Sebuah bukti nyata, bukan sekadar persepsi atau propaganda semata-mata.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok