Malaysia, Singapura mampu jadi rakan lebih akrab

PUTRAJAYA – Malaysia dan Singapura adalah rakan yang baik dan hubungan ini tidak seharusnya terganggu oleh sebarang isu yang timbul antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kedua-dua negara sudah bekerjasama dalam banyak perkara sepanjang sejarah walaupun mempunyai pergeseran kecil dan boleh terus menjadi rakan yang lebih baik pada masa hadapan sambil mendapat manfaat daripada situasi sama-sama menang.

“Kita (Malaysia dan Singapura) sudah tentu mempunyai masalah. Semua orang mempunyai masalah dengan jiran mereka, tetapi ia adalah perkara kecil dan boleh diatasi.

“Ini tidak seharusnya terpesong daripada tumpuan bahawa kedua-dua negara perlu berjaya.

“Kedua-duanya (adalah) rakan yang hebat dan boleh menjadi rakan yang lebih hebat apabila kita bekerjasama dan mendapat manfaat dalam situasi sama-sama menang.

“Sebab itulah saya teruja untuk bekerjasama dengan Singapura, dan sudah tentunya memberi keutamaan kepada kerjasama Asean yang kami, Malaysia, akan menjadi pengerusi tahun depan,” kata beliau dalam ucap tama pada acara Invest Malaysia 2024 @ Iskandar Puteri, di Johor, hari ini.

Related Posts

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

KOTA KINABALU – Kementerian Pendidikan akan memasukkan elemen citra Sabah dalam kurikulum baharu bagi murid Darjah Satu dan pelajar Tingkatan Satu bermula tahun hadapan Menterinya, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

KOTA KINABALU – Penambahan jumlah dan peratusan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak penting sebagai benteng Perlembagaan bagi melindungi watak asal Persekutuan Malaysia. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan