Pendedahan awal kepada 40 pelajar rasai pengalaman mengundi

BELURAN – Seramai 40 pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beluran Bestari merasai situasi sebenar proses mengundi dalam pilihan raya menerusi Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Daerah Beluran, di sini, pada Rabu.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Beluran Melanie Marcellina J Kinjawan berkata, program JIWA merupakan inisiatif Pejabat Penerangan dengan kerjasama Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Sabah serta SMK Beluran Bestari mendekati para pelajar dalam memberi penjelasan serta pemahaman berkaitan proses pilihan raya di Malaysia.

“Hari ini bersama pegawai dari SPR bagi membuat simulasi pilihan raya agar pelajar dapat merasai situasi sebenar proses pengundian seperti berbaris mengikut saluran, pengesahan identiti, cara melipat kertas undian dan lain-lain lagi.

“Diharap pendedahan awal ini, pelajar dapat memahami sistem demokrasi yang diamalkan sebelum mereka mencapai umur layak mengundi,” jelasnya.

Hadir sama Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Sabah, Ebur Sabtar dan guru SMK Beluran Bestari, Vivian Vera Jukimin.

Related Posts

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

KUCHING – Tourism Malaysia dengan kerjasama stesen radio Cats FM sukses menganjurkan program Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bagi mempromosikan pelancongan domestik dan merancakkan sektor peruncitan di Sarawak.   Program interaktif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

SIBU – Sebuah badan khas dikenali sebagai Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak RM1.5 bilion bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi Sibu dan zon tengah Sarawak. Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi