Murid terjatuh dari bangunan sekolah: JPN Perak jalan siasatan dalaman, jaga kebajikan mangsa dan keluarga

IPOH – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam siasatan berhubung insiden seorang murid yang dilaporkan terjatuh dari sebuah bangunan sekolah di sini pada Isnin termasuk menjaga kebajikan mangsa serta keluarganya.

Dalam kenyataan pada Selasa, JPN Perak memaklumkan murid berkenaan kini sedang menerima rawatan di hospital dan pihaknya mendoakan agar mangsa segera sembuh serta keluarga terus tabah menghadapi ujian tersebut.

Menurut kenyataan itu, selain membantu polis, pihaknya turut menjalankan siasatan dalaman bagi meneliti setiap aspek berkaitan kejadian berkenaan.

“JPN Perak akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam membantu siasatan yang sedang dijalankan.

“Selain itu, kita turut melaksanakan siasatan dalaman bagi meneliti setiap aspek yang berkaitan dengan kejadian tersebut,” menurut kenyataan itu.

Jelasnya, tindakan segera turut diambil bagi memastikan kebajikan murid dan keluarganya terus terpelihara sepanjang tempoh berkenaan.

“Kita telah mengambil tindakan bagi memastikan kebajikan dan bantuan terbaik diberikan kepada keluarga murid. Sokongan psikososial turut disediakan kepada warga sekolah yang terkesan.

“Segala bentuk bantuan yang diperlukan akan terus disalurkan bagi memastikan kebajikan murid dan keluarganya sentiasa terpelihara,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai diminta memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh serta menghormati sensitiviti keluarga mangsa yang sedang berdepan situasi sukar.

JPN Perak turut menegaskan komitmennya untuk terus bekerjasama dengan semua pihak berkaitan bagi memastikan insiden tersebut ditangani dengan sewajarnya, selain mengutamakan kebajikan murid serta warga sekolah yang terlibat.

Terdahulu, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah bersama Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Azam Ahmad telah menziarahi mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sejurus menerima maklumat mengenai kejadian itu pada petang Isnin.

Dalam perkembangan sama, Khairudin mengarahkan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan JPN Perak menyediakan laporan lengkap berhubung insiden berkenaan.

Beliau turut mengingatkan semua pihak sekolah di negeri ini agar sentiasa peka terhadap aspek keselamatan dan keadaan persekitaran bagi mengelakkan kejadian seumpama itu daripada berulang.

Foto: Khairudin Abu Hanipah

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar