Video murid dibuli di Tenom tular, polis dan JPN Sabah siasat

KOTA KINABALU – Satu rakaman video yang tular di media sosial memaparkan kejadian dipercayai membabitkan seorang murid 11 tahun yang menjadi mangsa buli di sebuah asrama sebuah sekolah rendah di kawasan pedalaman Sabah pada Selasa .

Video berdurasi satu minit 30 saat itu menunjukkan mangsa dalam keadaan ketakutan dan menangis sebelum rambutnya ditarik oleh seorang murid lain yang dikatakan berusia 12 tahun, mangsa turut dilihat digertak sebelum dibawa ke bilik air dan diarahkan mencuci muka selepas menangis.

Kejadian itu mengundang perhatian ramai selepas seorang pengguna media sosial mendakwa insiden berkenaan berlaku di Tenom dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap individu yang terlibat.

Susulan penularan video tersebut, Ketua Polis Daerah Tenom, Superintenden Azmir Abd. Razak mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Laporan telah diterima pada pagi Selasa dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta pihak yang terlibat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata, pihaknya turut menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Kes berkenaan mengimbau semula perhatian masyarakat terhadap isu buli yang pernah menggemparkan negara, termasuk kes Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain dan pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, yang mencetuskan desakan supaya tindakan lebih tegas dikenakan terhadap pelaku buli.

Pada 16 Jun lepas, kerajaan telah melancarkan Tribunal Bagi Antibuli serentak dengan penguatkuasaan Akta Antibuli 2026 (Akta 876) yang memperkenalkan konsep liabiliti bersama terhadap ibu bapa atau penjaga pelaku.

Melalui tribunal itu, mangsa boleh menuntut pampasan sehingga RM250,000 sekiranya kesalahan buli berjaya dibuktikan.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar