Isu jalan BSI-Ranggu: Pembukaan jalan ditangguh sehingga 30 Jun ini



TAWAU – Rancangan untuk membuka jalan rizab yang menghubungkan Bandar Sri Indah (BSI) dan Ranggu (PR1MA) seperti yang diwar-warkan sebelum ini iaitu pada 17 Jun lalu ditangguh sehingga 30 Jun ini.

Wakil penduduk, Vincent Ong berkata, penangguhan itu susulan persetujuan menerusi mesyuarat rasmi supaya pemaju, Hap Seng Development Sendirian Berhad mengalihkan pagar dipercayai menghalangi jalan rizab tersebut.

“Disebabkan ada permohonan rasmi daripada pihak pemaju dan perkara itu telah dibincangkan bersama pihak berkuasa, maka kami mengambil pendirian untuk menghormati proses yang sedang berjalan.

“Sebab itu, 17 Jun lalu tiada sebarang tindakan dilakukan di lokasi dan pemaju juga diberi tempoh sehingga hujung bulan ini untuk alihkan pagar itu,” katanya kepada media di Tawau.

Vincent berkata, walaupun mengambil pendekatan menunggu sehingga hujung bulan ini, pihaknya akan menilai semula keadaan selepas tamat tempoh yang diberikan kepada pemaju.

“Sekiranya selepas 30 Jun ini masih tiada tindakan daripada pihak pemaju, kita akan melihat langkah seterusnya yang boleh diambil.

“Kita sekarang berpegang kepada dokumen dan keputusan rasmi yang telah dikeluarkan dan mengikut saluran yang betul,” jelasnya.

Menurut Vincent, melalui mesyuarat sama, dia difahamkan pihak berkuasa memahami kebimbangan pemaju berkaitan isu keselamatan yang sebelum ini sering dijadikan asbab untuk mengekalkan pagar berkenaan.

Justeru katanya, satu cadangan alternatif telah dikemukakan dalam mesyuarat tersebut bagi mengimbangi kepentingan keselamatan dan hak penggunaan jalan oleh orang ramai.

“Mereka mencadangkan agar pemaju mempertimbangkan pemasangan pondok pengawal bagi menangani isu keselamatan yang dibangkitkan,” ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan sekumpulan individu berbaju hitam yang diwakili Vincent bertindak membuka pagar yang menghubungkan BSI-Ranggu (PR1MA).

Susulan kejadian itu, penduduk BSI kemudian membuat bantahan pembukaan jalan rizab secara terbuka disusuli laporan polis.

Bagaimanapun, Vincent turut tampil mendakwa tindakan itu sebagai kepentingan semua penduduk melalui jalan rizab itu disamping memberikan tempoh sebulan kepada pihak pemaju (Hap Seng Development) membuka laluan tersebut.

Related Posts

Tiada siapa dipinggirkan, bukti Selangor hargai pengorbanan ibu

SHAH ALAM – Peningkatan peruntukan Program Mama Kerja kepada RM10 juta membolehkan 10,000 ibu bekerja di seluruh negeri menerima manfaat. Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
25 penduduk Kampung Sungai Seluang Bawah dipindahkan ke PPS

KULIM – Kira-kira 25 penduduk terjejas selepas rumah mereka silanda banjir di Kampung Sungai Seluang Bawah di sini semalam. Kesemua mereka daripada lapan keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada siapa dipinggirkan, bukti Selangor hargai pengorbanan ibu

Tiada siapa dipinggirkan, bukti Selangor hargai pengorbanan ibu

25 penduduk Kampung Sungai Seluang Bawah dipindahkan ke PPS

25 penduduk Kampung Sungai Seluang Bawah dipindahkan ke PPS

Aktiviti sukan platform lahirkan generasi sihat

Aktiviti sukan platform lahirkan generasi sihat

Rapid KL lancar pas bulanan gigital RM150, perjalanan tanpa had selama 30 hari

Rapid KL lancar pas bulanan gigital RM150, perjalanan tanpa had selama 30 hari

Sidang Parlimen bermula Isnin, had tempoh PM dan pemisahan kuasa AG jadi tumpuan

Sidang Parlimen bermula Isnin, had tempoh PM dan pemisahan kuasa AG jadi tumpuan

Rakyat puji Pakej Daya Tahan Selangor Fasa 2, sifatkan langkah Kerajaan Negeri proaktif

Rakyat puji Pakej Daya Tahan Selangor Fasa 2, sifatkan langkah Kerajaan Negeri proaktif