Saya mahu pekebun kecil daftar, terima manfaat Agri-Komoditi – Johari

KEMENTERIAN Perladangan dan Komoditi (KPK) sedang giat memastikan pekebun kecil komoditi sawit, getah, koko, kenaf dan lada menerima manfaat BUDI Agri-Komoditi.

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pihaknya menggesa lebih ramai pekebun kecil untuk tampil sekali gus mendaftarkan diri mereka sebagai penerima skim tersebut

Jelasnya, setakat 20 September lalu kira-kira 60,000 permohonan diterima daripada keseluruhan lebih 200,000 pekebun kecil yang ada di seluruh negara.

“Kita terima permohonan 60,000 orang. Tapi di Johor ini sepatutnya ada 46,000 pekebun kecil tapi baru 1,000 lebih sahaja yang dapat.

“Jadi sebab itu kita turun (ke kawasan) bagi kita kenal pasti dapatkan mereka ini supaya boleh daftar.

“Supaya bila mereka balik nanti, jumpa kawan-kawan pekebun kecil lain pula boleh daftar,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Program Turun Padang BUDI Madani dan BUDI Agri-Komoditi di Kampung Abdul Rahman Yassin di Kluang, hari ini.

Johari berkata, pekebun kecil yang layak dapat menerima bantuan RM2,400 setahun dengan bayaran ke akaun RM200 sebulan.

“Saya beritahu pada semua kementerian dalam agensi ini, pejabat dia kena menerima untuk tolong pekebun ‘key in’ dan daftar.

“Sebab kadang-kadang kawasan mereka tak ada internet kita tolong daftar, masuk nombor akaun, masuk ke Kementerian Kewangan (MOF) dah lulus pembayaran akan dibuat tiap-tiap bulan.

“Itu sebab kita nak fokus dapat capai matlamat.” katanya.

Terdahulu beliau meluangkan masa bersama 600 orang pekebun kecil terdiri daripada pekebun sawit, getah dan koko hadir dalam program itu.

Untuk rekod, BUDI Agri-Komoditi merupakan inisiatif bantuan tunai kerajaan secara bulanan kepada pekebun kecil bagi memastikan peruntukan subsidi bahan api disalurkan kepada kumpulan yang berkelayakan.

Related Posts

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

KUCHING – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyeru seluruh lapisan masyarakat agar bersikap peka dan berani melaporkan sebarang insiden keganasan rumah tangga yang berlaku di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

KLANG – Perdana Menteri Datuk, Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat beberapa pengumuman penting berkaitan negara pada malam ambang Merdeka, 30 Ogos, serta sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini. Bagaimanapun,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini