Sarawak guna khidmat Singapura bangun pelabuhan Bintulu

BINTULU – Sarawak mahu mengkaji pembangunan pelabuhan Bintulu dengan menggunakan khidmat nasihat daripada firma Singapura, Surbana Jurong.

Menurut Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, syarikat berkenaan memiliki pengalaman yang luas dalam membangunkan pelabuhan di Singapura.

“Syarikat tersebut akan membuat perancangan membangunkan Fasa Kedua Pelabuhan Bintulu Samalaju di bawah Bintulu Port Holdings,” ujar beliau.

Tambah beliau, pembangunan pelabuhan di Bintulu sudah pasti memberi kesan positif kepada masyarakat.

“Kajian semula pembangunan pelabuhan sudah pasti sejajar dengan perkembangan ekonomi selain meningkatkan mutu perkhidmatan Bintulu Ports Holdings,” ujar beliau lagi.

Beliau juga menegaskan langkah ke arah ekonomi hijau sudah pasti diutamakan memandangkan Pelabuhan Bintulu diiktiraf sebagai pelabuhan hijau.

Sementara itu, Abang Johari berkata pangkalan bekalan minyak dan gas di Bintulu menjadi tapak untuk pengurusan Pelabuhan Bintulu.

“Pangkalan akan menempatkan Bintulu sebagai tempat industri minyak dan gas dan industri berkaitan mendapatkan pemerolehan barang,” ujar beliau.

Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Kewangan kerana memberi lesen kepada Bintulu Port Holdings Berhad untuk mewujudkan pangkalan berkenaan.

Related Posts

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

KUCHING – Sesi persekolahan secara bersemuka bagi lapan daerah di negeri ini diarahkan tutup berkuat kuasa serta-merta bermula 20 Ogos hingga 21 Ogos ini susulan fenomena jerebu yang menjejaskan kualiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

KUANTAN – Empat beranak berdepan detik cemas apabila kediaman mereka di Kampung Pandan 1, dekat sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 4 petang tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini