Lelaki seleweng lebih 1.2 tan minyak masak subsidi dicekup

BACHOK – Cubaan seorang lelaki untuk menyeleweng lebih 1.2 tan minyak masak bersubsidi menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora berjaya dipatahkan menerusi Ops Tiris 4.0 di Jalan Hulu Masjid Pauh Lima, Kampung Pauh 5 di sini semalam.

Lelaki berusia 43 tahun itu dicekup selepas MPV dipandunya diekori hampir 30 kilometer oleh anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan bersama Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh kira-kira pukul 3.20 petang.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, Aswadi Jaafar berkata, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menemukan lebih 1.2 tan minyak masak bersubsidi pelbagai jenama.

Beliau berkata, suspek mengaku pertama kali menjalankan kegiatan itu dan dipercayai tinggal berhampiran kawasan sempadan.

“Nilai keseluruhan sitaan termasuk kenderaan dianggarkan RM13,230.

“Kita mengekori kenderaan suspek bermula dari Tok Bali, Pasir Puteh sebelum menahannya di Pauh 5,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Aswadi, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat melakukan kkesalahan.

Foto: Utusan

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik