Setia atau keluar: AMK Muar desak pemimpin parti tegas tentukan pendirian

MUAR – Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Muar, Nazri Shueb menegaskan mana-mana individu yang telah membuat keputusan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) wajar melepaskan semua jawatan yang dipegang di peringkat cabang, negeri mahupun pusat sebagai tanda hormat terhadap amanah parti dan ahli akar umbi.

Menurut beliau, jawatan dalam parti bukan milik peribadi, sebaliknya merupakan tanggungjawab yang diberikan oleh anggota untuk mempertahankan dasar, prinsip serta kepimpinan parti. Justeru, tindakan melepaskan jawatan selepas keluar parti disifatkan sebagai langkah berintegriti, matang dan berprinsip.

Katanya, AMK Cabang Muar bersama AMK Negeri Johor kekal teguh berdiri di belakang kepimpinan PKR dan terus menyokong aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memastikan kestabilan politik negara, meneruskan agenda reformasi serta memperjuangkan masa depan rakyat.

Dalam kenyataan sama, beliau turut meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan seorang anggota dari Cabang Muar yang disifatkan sebagai tokoh berpengaruh dan pernah dihormati dalam perjuangan parti, termasuk pernah memegang jawatan penting sebagai Timbalan Ketua Cabang serta calon Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Katanya, keputusan individu tersebut meninggalkan parti bukan sahaja mengecewakan, malah memberi kesan kepada ramai anggota parti khususnya di Muar yang pernah bersama-sama menggerakkan jentera perjuangan dalam pelbagai keadaan.

Sebagai pemimpin muda dalam AMK, Nazri mengakui beliau pernah menaruh penghormatan tinggi terhadap tokoh berkenaan yang dianggap sebagai antara ‘otai’ politik dan individu berpengalaman dalam perjuangan reformasi.

Pada masa sama, beliau turut mendesak beberapa individu dalam AMK Negeri Johor yang masih memegang jawatan kanan supaya tampil menjelaskan pendirian mereka, terutama selepas timbul isu pengumuman keluar parti melibatkan ahli keluarga terdekat mereka yang juga bekas wakil rakyat.

Beliau menegaskan bahawa akar umbi berhak mengetahui pendirian sebenar pemimpin yang masih berada dalam struktur parti dan tidak seharusnya berdiam diri jika hati serta perjuangan mereka sudah tidak lagi sehaluan.

“Jika mahu keluar parti, keluarlah secara berprinsip. Jangan bacul dalam menentukan pendirian,” tegas beliau.

Kenyataan itu dilihat sebagai isyarat jelas bahawa kepimpinan muda PKR di Johor mahu memastikan kesetiaan dan ketelusan terus menjadi asas utama dalam memperkukuh parti menjelang cabaran politik akan datang.

Related Posts

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

KOTA KINABALU – Tabung Kasih @ HAWANA telah menyalurkan bantuan berjumlah RM2.54 juta kepada 864 pengamal media dan veteran wartawan di seluruh negara sejak diwujudkan pada 2023, termasuk 37 penerima…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

KOTA KINABALU – Pempengaruh dan pencipta kandungan media sosial disaran meneliti draf garis panduan yang dibangunkan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (Content Forum) bagi memahami amalan serta tanggungjawab dalam menghasilkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak