‘Hari ini Abuya belanja, tapi saya seorang sahaja pelanggan yang ada di situ’

Oleh Mai S, Siti, A. Athirah, Johari Osman

KUALA LUMPUR – Siri demi siri pendedahan yang dikeluarkan di media sosial mengenai ‘salah laku’ yang berlaku di dalam sebuah rangkaian perniagaan Bumiputera terkenal, GlSB Holdings (GISBH), namun sejauh mana kesahihan berita tersebut masih lagi sedang dibicarakan di mahkamah.

Berdasarkan tinjauan The Malaysia Press di sekitar ibu negara mendapati, ada yang mengakui pernah berurusan dengan salah seorang daripada ahli GISBH malah antara perkara yang menjadi tanda tanya ialah mengenai anak-anak mereka dan keadaan premis perniagaan GISBH yang sunyi dari pelanggan.

Seorang pengedar kereta, Shahir Suhaimi, 30, mengakui tidak terkejut dengan pendedahan tentang ‘salah laku’ GISBH kerana pernah berurusan dengan salah seorang ahli kumpulan tersebut sekitar tujuh tahun lalu yang kononnya mempunyai ramai anak namun tiada kelibat kanak-kanak ditemui ketika itu.

“Semasa berurus niaga bersama mereka, saya pelik sebab ahli GISBH itu mengaku bahawa dia mempunyai sembilan orang anak, namun tiada seorang pun kelibat kanak-kanak dilihat semasa sampai di kawasan mereka.

“Selain itu, saya diberitahu pegawai bank bahawa mereka mempunyai banyak duit, namun apabila tiba di premis perniagaan terbabit, hanya saya seorang sahaja pelanggan yang ada di situ, jadi bagaimana mereka boleh bertahan.

“Ketika itu, isteri kepada ahli GISBH tersebut turut berkata, ‘ada sesuatu berlaku dan hari ini Abuya belanja,’ namun realitinya hanya saya seorang sahaja pelanggan yang ada ketika itu dan saya bayar untuk makanan yang dibeli,” katanya ketika ditemui pada Khamis.

Shahir turut berang dengan berita penganiayaan secara fizikal dan mental serta ekploitasi terhadap kanak-kanak melibatkan rumah amal di rumah kelolaan rangkaian perniagaan terbabit.

“Memang patut dikecam sebab kanak-kanak itu layak ada ‘childhood’ (zaman kanak-kanak) mereka, macam yang kita sedia maklum, kanak-kanak normal yang ada ‘childhood’ teruk pun akan membesar jadi ‘violent’ (ganas), apatah lagi apabila ‘benda itu’ berlaku depan mata dalam asrama sendiri, tempat yang dikatakan ‘paling selamat’, patut dikecam, patut dihapuskan dan patut segala-galanya.

“Saya pernah lihat di kawasan saya sendiri, mereka ada minta sedekah, jadi bolehlah abaikan tabung-tabung itu, sebenarnya saya tidak terperanjat pun dengan apa yang berlaku, tapi lebih kepada dapat jawapan kepada apa yang saya alami tujuh tahun lalu,” ujarnya.

Jelas Shahir, soal hukuman biarlah pihak berkuasa yang tentukan tetapi anak-anak yang teraniaya itu perlu diselamatkan.

“Selamatkanlah dulu kanak-kanak dan warden-warden mereka, perbetulkan balik minda mereka daripada doktrin yang disuap selama ini lebih-lebih lagi cara mereka (ahli GISBH) cakap sangat menyakinkan, pandai manipulasi dan cara mereka berurusan memang ‘another level’.

“Orang awam yang masih selamat, kembalilah kepada asal iaitu dengan mengikut ajaran agama Islam sebenar dan sunnah nabi. Kita faham kalau nak pergi jauh kena ada ‘circle’, tapi semak dahulu kumpulan yang mahu diikuti, kalau meragukan, lebih baik tarik diri,” katanya.

Selain itu, menerusi perkongsian di Tiktok @gudglraa, seorang doktor perubatan yang pernah merawat anak salah seorang daripada ahli GISBH, mengakui proses rawatan agak sukar disebabkan oleh komunikasi yang terhad antara keluarga pesakit dengan doktor.

Menurut wanita terbabit, kanak-kanak yang dirawat itu merupakan anak kepada isteri keempat dalam kumpulan tersebut yang berumur 21 tahun dan mempunyai tiga orang malah turut disekat serta setiap perbualan melalui WhatsApp bersama orang luar juga ditapis.

“Ianya satu kes yang sangat ‘complicated’ (sukar), mereka mempunyai penyakit genetik seperti ekzema yang teruk, penyakit asma dan yang paling susah ialah apabila perlu didiagnosis sejarah keluarga mereka yang panjang,” katanya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok