Pelabuhan Miri berpotensi jadi pusat pelancongan – Abang Johari

MIRI – Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyatakan Pelabuhan Miri berpotensi menjadi pusat pelancongan utama dan berfungsi sebagai lokasi perhentian kapal persiaran pada 2027.

“Sebagai bandar peranginan, saya percaya pelabuhan Miri bakal menjadi pelabuhan besar dan mampu bersaing dengan pelabuhan di Singapura,” ujarnya.

Premier Sarawak juga menekankan laluan perkapalan yang menghubungkan Singapura, Bali, dan Miri akan menarik lebih ramai pelancong.

“Kapal persiaran yang berlayar dari Singapura ke Bali dijangka singgah di Miri dan Kuching akan menjadikan Miri destinasi pelancongan yang lebih popular.

“Selain itu, saya berharap pelabuhan ini dapat meningkatkan aktiviti ekonomi dan industri kraf tangan tempatan,” katanya pada ucapan semasa perasmian Majlis Pecah Tanah Projek Pelabuahn Miri di Delta Batang Baram pada rabu.

Dalam majlis tersebut, beliau turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pelabuhan Miri (MPA) dengan Rimbun Prima Sdn Bhd bersama China Communications Construction Company (M) Sdn Bhd (CCCC).

MoU ini menandakan permulaan rasmi projek dan komitmen semua pihak untuk melaksanakan kerja mengikut jadual yang ditetapkan.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, serta pegawai tinggi kerajaan dan ahli lembaga pengarah MPA.

Related Posts

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

KOTA KINABALU – Air mata, semangat dan perjuangan jadi saksi pengorbanan seorang suami, Jamri Herry, 40, apabila berusaha membawa pulang isterinya ke tanah air akibat jatuh sakit di Vietnam. Isterinya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

KUALA PERLIS – Perairan negeri ini khususnya sekitar Kuala Perlis hingga ke Pulau Batu Layang diiktiraf sebagai habitat penting mamalia marin bertaraf antarabangsa apabila menjadi lokasi kemunculan spesies lumba-lumba Irrawaddy.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undi18 kekal ‘king maker’ dalam PRU16

Undi18 kekal ‘king maker’ dalam PRU16

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan