Harga kelapa sawit, getah negara meningkat walaupun dunia dilanda krisis eknomi

HARGA dua komoditi utama Malaysia iaitu kelapa sawit dan getah terus merekodkan perkembangan positif walaupun dunia ketika menghadapi masalah ekonomi serta ketidaktentuan akibat krisis tenaga.

Bagi tempoh 4 hingga 8 Mei lalu, purata harga kelapa sawit meningkat 1.2 peratus daripada RM4,502 satu tan kepada RM4,558 satu tan manakala purata harga getah pula meningkat 2.3 peratus daripada 854 sen sekilogram kepada 874 sen sekilogram.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, peningkatan harga bagi dua komoditi utama negara itu menandakan perkembangan positif, khususnya kepada pekebun kecil serta aktiviti ekonomi domestik dalam sektor perladangan.

“Perkembangan itu dijangka menyokong pendapatan eksport negara dan memberi limpahan positif kepada pekebun kecil serta aktiviti ekonomi domestik dalam sektor perlandangan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi siaran langsung taklimat krisis bekalan global di Facebook Kementerian Ekonomi pada Selasa.

Bagi sektor pembuatan, Akmal Nasrullah berkata, ia terus menunjukkan momentum pertumbuhan positif dengan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan S&P Global Malaysia meningkat kepada 51.5 pada April lalu berbanding 50.7 (Mac).

Menurut beliau, bacaan melebihi paras 50 menunjukkan aktiviti sektor pembuatan sedang berkembang, disokong peningkatan permintaan, aktiviti pengeluaran dan keyakinan firma.

“Namun begitu, laporan PMI juga menunjukkan firma pembuatan mula membina stok keselamatan, dan berdepan tempoh penghantaran pembekal menjadi lebih panjang.

“Ini bermakna sektor pembuatan masih berkembang, tetapi sedang menyesuaikan operasi dengan risiko bekalan dan kos input lebih tinggi,” katanya.

Sementara itu, Akmal Nasrullah berkata, prestasi pengeluaran negara juga masih kukuh dengan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 3.1 peratus pada Mac lalu yang dipacu oleh pertumbuhan sektor pembuatan sebanyak 5.5 peratus.

“Ini menunjukkan aktiviti perindustrian negara masih bergerak, khususnya dalam subsektor berorientasikan eksport seperti komputer, produk elektronik dan optikal, walaupun berdepan tekanan luaran dalam aspek tenaga, logistik dan input pengeluaran,” katanya.

Tambahnya, Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan pula menunjukkan meningkat 2.1 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding 1.0 peratus pada suku sebelumnya.

“Kenaikan ini dipacu oleh subsektor penginapan serta makanan dan minuman sebanyak 5.7 peratus, serta pengangkutan sebanyak 3.8 peratus.

“Perkembangan ini memberi isyarat bahawa tekanan kos sudah mula bergerak ke sektor yang lebih hampir dengan pengguna,” katanya.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung