Dasar sedia ada berkait sijil halal kekal

PUTRAJAYA – Kabinet bersetuju mengekalkan dasar sedia ada iaitu permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dilaksanakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam negeri dan Jabatan Agama Islam negeri adalah bersifat sukarela.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dasar itu kekal dan ia terbuka kepada mana-mana industri yang bersedia mematuhi semua keperluan, piawaian dan standard pensijilan halal Malaysia.

“Melalui SPHM yang diperolehi, ia akan memberi nilai tambah kepada pemegang SPHM atas komitmen yang tinggi untuk sentiasa mematuhi standard dan piawaian pensijilan halal,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Terdahulu, Kabinet membuat pertimbangan itu selepas Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) membentangkan isu berkaitan pensijilan Halal dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

Susulan itu, Jakim menggesa pemain industri memohon SPHM memandangkan ianya boleh memberi jaminan dan menarik pelanggan beragama Islam untuk makan tanpa keraguan di premis berkenaan.

Related Posts

Saifuddin nafi KDN beri kewarganegaraan ‘secara borong’ kepada warga asing

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sekali lagi menafikan dakwaan kononnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan kewarganegaraan secara borong kepada warga asing. Beliau berkata, dakwaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan peruntuk RM412 juta perkasa masyarakat Orang Asli

ROMPIN – Kerajaan terus mengiktiraf peranan dan suara masyarakat Orang Asli dalam pembangunan negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, langkah itu dilaksanakan menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kanak-kanak 12 tahun antara tiga sekeluarga maut dirempuh lori Imigresen

Kanak-kanak 12 tahun antara tiga sekeluarga maut dirempuh lori Imigresen

JENDELA 2 perlu sedia perkhidmatan internet berkualiti, stabil – James Ratib

  • By Ithma
  • August 19, 2026
JENDELA 2 perlu sedia perkhidmatan internet berkualiti, stabil – James Ratib

MBSJ pasang lebih 200 CCTV Sistem Parkir Pintar

MBSJ pasang lebih 200 CCTV Sistem Parkir Pintar

Saifuddin nafi KDN beri kewarganegaraan ‘secara borong’ kepada warga asing

Saifuddin nafi KDN beri kewarganegaraan ‘secara borong’ kepada warga asing

KPDN Tawau rampas barang kawalan termasuk kenderaan bernilai lebih RM104,000

  • By Fatin