Program ‘Gen Z Terlajak Raya’ dekatkan belia dengan pimpinan setempat

KUANTAN – Sambutan ‘Gen Z Terlajak Raya’ anjuran Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Paya Besar di perkarangan Tasik Paya Besar, dihadiri kira-kira 200 anak muda.

Berlangsung meriah dengan pembabitan sukarelawan MTSP Paya Besar, program itu dilihat menjadi medan kepada anak muda berinteraksi lebih rapat dengan pimpinan setempat.

Majlis bermula sekitar jam 8 malam itu turut mendapat kerjasama Pasar Sera dengan turut dibantu vendor tempatan yang menyediakan pelbagai juadah tradisional.

Hadir memeriahkan program adalah Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah yang juga Timbalan Menteri Ekonomi.

Turut serta Pengerusi MTSP Paya Besar dan Penyelaras DUN Lepar, Mustaqim Zakaria selaku tuan rumah; Penyelaras DUN Panching, Hasrul Afizan Mohd Din dan Ahli Majlis Bandaraya Kuantan, Datuk Mohd Zaili Besar.

Selain jamuan pelbagai juadah tradisional dan model, program turut memberi hadiah kepada hadirin berpakaian terbaik pada majlis itu.

Sementara itu, Mohd Shahar dalam kenyataan memaklumkan, konsep program berkenaan sangat menarik dan boleh diperluaskan ke kawasan DUN lain pada masa akan datang.

Katanya, selain menarik kehadiran ramai anak muda berusia antara 18 hingga 40 tahun, program itu juga membuka peluang kepada golongan belia memahami peranan MTSP dan juga tugas Penyelaras DUN.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik