Anwar umum RM31 juta, pelbagai projek demi kesejahteraan rakyat Pulau Banggi

KUDAT – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM31 juta bagi pembangunan Pulau Banggi yang melibatkan pelbagai projek infrastruktur dan kemudahan asas untuk penduduk tempatan.

Menurut Perdana Menteri, peruntukan tersebut merangkumi beberapa projek yang sedang dan akan dilaksanakan termasuk naik taraf jalan serta jambatan di beberapa kampung.

“Dulu saya datang saya bawa sekolah, sekarang saya datang saya luluskan peruntukan RM31 juta untuk Pulau Banggi.

“Ini termasuk beberapa projek yang sedang dilaksanakan seperti naik taraf jalan dan jambatan di beberapa kampung termasuk Kampung Limbuak Laut, Kapitangan, Damaran dan Balambangan Laut,” katanya semasa berucap dalam Majlis Ramah Mesra bersama Masyarakat Pulau Banggi, di Dewan Terbuka Kobong, pada Sabtu.

Tambahnya, pelbagai projek lain akan turut dinaik taraf bagi memberi keselesaan dan keselamatan penduduk Pulau Banggi terjaga.

“Naik taraf Balai Polis Pulau Banggi. Tak sebut kat saya pun. Tapi kita lulus naik taraf ya. Penambahbaikan fasiliti kesihatan di Klinik Kesihatan Karakit.

“Bagi Klinik Kesihatan Karakit, saya kena pergi tengok. Naik taraf asrama sekolah di Banggi dan Balambangan serta projek berkaitan keselamatan dan pertahanan negara oleh MINDEF.

“Selain itu, projek pembinaan jeti pontun awam Karakit fasa dua. Kemudian naik taraf jalan Kampung Limbuak Laut ke Kampung Pangkalan Darat, ini sedang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) belanjanya RM44 juta,” ujarnya.

Bagi pembangunan sosial dan keagamaan, Anwar berkata, kerajaan menyediakan RM1.25 juta melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi kemudahan masjid, surau serta keperluan ibadat masyarakat setempat.

“Untuk pembangunan kemudahan masjid, surau dan keperluan masyarakat dalam ibadah mereka untuk seluruh Banggi kita sediakan RM1.25 juta,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, tambahan RM1 juta turut diluluskan bagi Kampung Dogoton untuk kegunaan penduduk serta agensi penguatkuasaan termasuk Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Pengumuman itu membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat luar bandar dan kepulauan Sabah, dengan pelaksanaan projek pembangunan yang dijangka meningkatkan keselesaan, keselamatan serta taraf hidup penduduk Pulau Banggi.

Related Posts

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

MACHANG – Empat negeri di utara dan Pantai Timur, iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu merekodkan kadar pembabitan kes dadah melebihi ambang nasional. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nik Nazmi direhatkan tiga bulan daripada aktiviti Bersama susulan kes khalwat

PEMIMPIN Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad direhatkan daripada semua aktiviti rasmi parti itu selama tiga bulan susulan pengakuannya ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kes khalwat pada 15 Oktober…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24