Anwar wajar kembali bertanding di Permatang Pauh, kata Hassan Karim

PASIR GUDANG – Seorang pemimpin veteran PKR berpandangan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu kembali bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) bagi memperkukuhkan semula kedudukan parti itu di wilayah utara.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, langkah tersebut diyakini mampu mengembalikan kekuatan PKR di kawasan tradisi parti yang sebelum ini tewas kepada Perikatan Nasional (PN) dalam PRU15.

Menurut beliau, faktor ‘gelombang hijau’ serta peningkatan sokongan terhadap Pas dan PN di negeri-negeri utara menyebabkan Permatang Pauh tidak lagi boleh dianggap sebagai kubu selamat PKR.

Hassan menyifatkan Anwar sebagai seorang ‘pejuang politik’ yang sanggup mengambil risiko besar demi memastikan kemenangan parti.

Beliau turut merujuk keputusan Anwar bertanding di Tambun pada PRU15 sebagai bukti keberanian politik Presiden PKR itu, meskipun kawasan tersebut dianggap sukar ditembusi Pakatan Harapan ketika itu.

“Jika Anwar kembali ke Permatang Pauh, ia bukan sahaja memberi semangat kepada PKR di Pulau Pinang, malah turut memberi kesan positif kepada sokongan parti di Kedah dan Perak,” katanya.

Dalam PRU15 lalu, kerusi Permatang Pauh yang ditandingi Nurul Izzah Anwar telah dirampas calon Pas-PN, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan dengan majoriti 5,272 undi. Kekalahan itu dianggap tamparan besar kepada PKR memandangkan Permatang Pauh mempunyai sejarah panjang dengan keluarga Anwar.

Kerusi berkenaan pernah menjadi simbol perjuangan reformasi apabila diwakili oleh Anwar sendiri, isterinya Wan Azizah Wan Ismail serta Nurul Izzah sejak era awal kebangkitan PKR.

Hassan turut menyifatkan Permatang Pauh sebagai kerusi yang mempunyai nilai sentimental tinggi kepada PKR dan percaya Nurul Izzah juga masih mempunyai peluang untuk kembali bertanding di kawasan tersebut pada masa depan.

Pada masa sama, beliau mengakui PKR kini berdepan cabaran besar menjelang PRU16 apabila beberapa kerusi tradisi parti dikategorikan sebagai marginal berdasarkan analisis dalaman parti yang dibentangkan baru-baru ini.

Related Posts

Krisis air Kedah: Ujian kepimpinan yang gagal diselesaikan

SUNGGUH mengecewakan!Itulah ungkapan yang dilontarkan oleh Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir ketika mengadakan lawatan ke tapak Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau dan Bukit Selambau semalam. Kenyataan itu bukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hasrat MADANI bantu tangani naratif politik sempit

KUANTAN – Cabaran ekonomi global dicetuskan konflik peperangan dan gangguan rantaian bekalan menuntut rakyat memiliki kefahaman jelas bagi mengelakkan diri daripada terperangkap dengan manipulasi maklumat oleh pihak tertentu. Menyedari tanggungjawab…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Krisis air Kedah: Ujian kepimpinan yang gagal diselesaikan

Krisis air Kedah: Ujian kepimpinan yang gagal diselesaikan

Kerajaan Johor digesa permudah agihan BKJ fasa 4 kepada warga emas

Kerajaan Johor digesa permudah agihan BKJ fasa 4 kepada warga emas

Hasrat MADANI bantu tangani naratif politik sempit

Hasrat MADANI bantu tangani naratif politik sempit

Anwar wajar kembali bertanding di Permatang Pauh, kata Hassan Karim

Anwar wajar kembali bertanding di Permatang Pauh, kata Hassan Karim

Bekalan elektrik dan air di Kg Mengatai, Buang Abai dan Telahak perlu tindakan segera – Hasbi

Bekalan elektrik dan air di Kg Mengatai, Buang Abai dan Telahak perlu tindakan segera – Hasbi

Prinsip sama rata, adil perkasa pembangunan sekolah

Prinsip sama rata, adil perkasa pembangunan sekolah