Prinsip sama rata, adil perkasa pembangunan sekolah

TAWAU – Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui menggunakan prinsip sama rata dan adil dalam memastikan semua sekolah di kawasan itu menikmati kemudahan, kualiti dan peluang pembelajaran yang setara.

Beliau berkata, pendekatan pembangunan yang saksama bukan sahaja merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar tetapi turut melahirkan generasi yang lebih berdaya saing dan inklusif, sejajar dengan aspirasi pendidikan negara.

“Kita tidak mengasingkan sekolah pedalaman, luar bandar atau bandar kerana semua sekolah perlu dibantu.

“Kita mahu semua sekolah maju kerana ini melibatkan kemajuan negeri dan negara.

“Tidak boleh hanya sebahagian sekolah sahaja yang menikmati pembangunan, ” katanya kepada media pada Majlis ‘Raya Dirai, Guru Dihargai’ Parlimen Tawau, di Dewan Masyarakat Tawau.

Mengenai isu sijil kependudukan atau Certificate of Completion and Compliance (CCC) sekolah, Su Fui yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan berkata, masalah berkenaan turut dihadapi sekolah di seluruh negara.

Katanya, dengan usaha padu Kerajaan Sabah, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), isu ini berjaya diselesaikan dan Sabah menjadi negeri pertama yang menyelesaikannya.

“Walaupun sekolah berada di bawah bidang kuasa KPM, Kerajaan Negeri tetap memainkan peranan membantu meningkatkan kemudahan sekolah.

“Kerajaan negeri yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor turut memberikan sumbangan kepada sekolah bagi memastikan kemudahan yang terbaik dapat disediakan untuk pelajar,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran JPNS, Ajanah Mohamed berkata, keperluan guru di seluruh Sabah termasuk di kawasan pedalaman kini berada pada tahap mencukupi.

“Kadar pengisian tenaga pengajar di Sabah telah mencapai kira-kira 98 peratus termasuk bagi subjek kritikal seperti Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam,” ujarnya.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan