17 Mei tarikh lihat anak bulan Zulhijah

PUTRAJAYA – Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi tahun ini ditetapkan pada petang Ahad, 17 Mei bersamaan 29 Zulkaedah 1447 Hijrah di 29 lokasi seluruh negara.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan hari ini, memaklumkan penetapan tarikh Awal Zulhijah (1 Zulhijah) akan diisytiharkan pada malam hari sama melalui siaran radio dan televisyen.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Zulhijah ialah pada petang Ahad, 17 Mei 2026 bersamaan 29 Zulkaedah 1447 Hijrah.

“Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Awal Zulhijah adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab,” menurut kenyataan itu, seperti dilapor Bernama.

Lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Zulhijah ialah Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Balai Cerap Negeri Sembilan; Baitul Hilal Bukit Melawati, Kuala Selangor dan Baitul Hilal Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor.

Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Baitul Hilal Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang, manakala di Kedah, Stesen Cerapan Hilal Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Stesen Cerapan Hilal Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar.

Lokasi lain adalah Stesen Cerapan Hilal Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu; Stesen Cerapan Hilal Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu; Stesen Cerapan Hilal Pulau Perhentian, Besut, Terengganu; Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.

Di Kelantan, Stesen Cerapan Hilal Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Stesen Cerapan Hilal Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Stesen Cerapan Hilal Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu.

Di Sarawak, Pusat Falak Miri, Esplanade Luak, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Pusat Falak Bintulu, manakala di Sabah membabitkan Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan.

Di Pahang, Tapak Cerapan Hilal Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Stesen Cerapan Hilal Gunung Brinchang, Cameron Highlands; Menara 188, Kuantan, selain Menara Universiti Malaysia Sabah serta Kampus Antarabangsa Labuan.

Lokasi lain ialah Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang, Masjid Al-Hussain Kuala Perlis, Perlis.

Related Posts

Tragedi renjatan elektrik: KPM keluar arahan segera tingkat keselamatan sekolah

LIMBANG – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diarahkan segera melakukan pemeriksaan rapi terhadap tahap keselamatan kawasan sekolah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berulang. Menteri Pendidikan, Fadhlina…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia tegas pertahan peranan ASEAN dalam isu Laut China Selatan

CEBU – ASEAN perlu kekal menjadi suara utama dalam menentukan hala tuju keselamatan dan kestabilan serantau tanpa dipengaruhi kepentingan kuasa besar luar. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, Malaysia konsisten dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tragedi renjatan elektrik: KPM keluar arahan segera tingkat keselamatan sekolah

Tragedi renjatan elektrik: KPM keluar arahan segera tingkat keselamatan sekolah

Lelaki maut di loteng rumah terbakar

Lelaki maut di loteng rumah terbakar

Warga kerja pembersihan teruja terokai teknologi AI

Warga kerja pembersihan teruja terokai teknologi AI

Hampir 6,000 penerima bantuan disantuni sempena Majlis Sejambak Kasih Gawai Dayak 2026

Hampir 6,000 penerima bantuan disantuni sempena Majlis Sejambak Kasih Gawai Dayak 2026

Malaysia tegas pertahan peranan ASEAN dalam isu Laut China Selatan

Malaysia tegas pertahan peranan ASEAN dalam isu Laut China Selatan

Lelaki warga emas dilapor hilang, sebahagian badan dijumpai

Lelaki warga emas dilapor hilang, sebahagian badan dijumpai